• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / KAMM 912c Targa - Model Ikonik Sentuhan Baharu dengan Harga Lebih RM1.8j!

KAMM 912c Targa - Model Ikonik Sentuhan Baharu dengan Harga Lebih RM1.8j!

January 17, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DUA artikel terdahulu memaparkan KAMM 912c berbumbung biasa dan kali ini model baharu dengan sensasi tiupan angin, iaitu KAMM 912c Targa.

Pada pertengahan 60-an, Amerika Syarikat (AS) pernah menimbangkan untuk mengharamkan kereta konvertibel atas faktor keselamatan. Bagaimanapun, cadangan itu tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya, tiang keselamatan (roll-hoop) dipasang pada Porsche 912 dengan bumbung tengah boleh cabut dan cermin belakang.

Sebelum menggunakan cermin keras, 912 Targa sebenarnya menggunakan cermin belakang daripada vinil atau plastik boleh gulung!

Menurut pengasas KAMManufaktur, Miklos Kazmer, model ini adalah hasil idea beliau selepas melihat potensi pelanggan yang tinggal di kawasan dengan cuaca yang baik.

Sempena meraikan pelancaran 912c Targa, sebuah unit one-off istimewa dihasilkan dan dibuka untuk jualan. Model pelancaran ini menggunakan 912 Targa soft window yang dibaik pulih dengan teliti dan dibuat mengikut spesifikasi KAMM Semi-Carbon.

Panel badan kereta dibuat daripada gentian karbon dan juga komponen lain seperti cermin sisi dan cengkerang kerusi. Falsafah ringan diteruskan pada cermin yang dibuat daripada polikarbonat Lexan kalis calar.

Warna dipilih iaitu Tangerine begitu menyerlah dan bahagian kabin juga menarik dalam skema warna tembakau dan corak Porsche Pasha.

Bagi menjadikan kereta ini lebih unik, rim aluminium KAMM ala besi dipasang, termasuk beberapa lagi seperti lampu sorot Cibie, rak bumbung karbon KAMM yang menempatkan papan luncur, juga daripada KAMM. KAMManufaktur turut menawarkan rangka keselamatan spesifikasi Persekutuah Automobil Antarabangsa (FIA).

Sama seperti model KAMM lain, sesaran enjin 1.6L penyejukan udara asal dinaikan kepada 2.0L yang menghasilkan 185hp, dan tork 205Nm dengan 170Nm tersedia pada rev serendah 2,000rpm. Transmisi dogleg 5-kelajuan memiliki tiga corak penggearan, iaitu pendek, panjang atau touring.

KAMM 912c Targa 2025.04
KAMM 912c Targa 2025.07

Antakan gear pendek direka dan dibangunkan KAMM yang disambungkan kepada klac lumba Porsche sebelum kuasa dihantar kepada diferensial gelinciran terhad (LSD) daripada ZF.

KAMM 912c Targa edisi pelancaran ini ditawarkan pada harga €395,000 (RM1,832,370) dan boleh dihantar ke mana-mana lokasi pelanggan.

Pelanggan yang ada idea sendiri juga bebas menentukan spesifikasi KAMM 912c Targa yang dihajati.

KAMM 912c Targa 2025.02
KAMM 912c Targa 2025.01
KAMM 912c Targa 2025.04
KAMM 912c Targa 2025.03
KAMM 912c Targa 2025.06
KAMM 912c Targa 2025.05
KAMM 912c Targa 2025.07
KAMM 912c Targa 2025.08
KAMM 912c Targa 2025.09
KAMM 912c Targa 2025.10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: KAMM, KAMM 912c, KAMM 912c Targa, KAMManufaktur, Miklos Kazmer, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev