SEDAR TAK SEDAR, Lexus RC dikeluarkan sejak 2014 dan kini tiba masa untuk ditamatkan. Bukan sebulan dua lagi dan masih ada masa sehingga pengeluaran ditamatkan pada November 2025.
Sempena tahun akhir, dua model istimewa ditawarkan iaitu RC F dan RC Final Edition dan sebagai penghargaan kepada para pelanggan.
Sejak dikeluarkan, kira-kira 79,000 unit RC dijual di 62 buah negara dan wilayah. RC F pula lebih garang bernadikan enjin 5.0 liter V8 naturally-aspirated dan sekitar 12,000 unit dijual di 57 negara dan wilayah.
RC F Final Edition dilengkapi rim aluminium BBS 19 inci dalam warna Metal Star Gloss Black, kaliper brek merah, cermin sisi lipatan automatik warna hitam dan kelabu (smoke) dan spoiler belakang karbon jenis aktif.
RC Final Edition menggunakan rim aluminium Enkei 19 inci, kaliper dan cermin sisi sama warna seperti RC V8. Pada bahagian dalam, komponen karbon dan balutan Ultrasuede® membangkitkan aura F.
Dalaman Black & Flare Red memonjolkan imej garang Final Edition. Terdapat sembilan warna untuk RC dan tujuh buat RC F termasuk pilihan baru Sonic Iridium dan menyerlahkan bentuk tajam kereta.
Enjin 2UR-GSE 5.0 liter V8 RC F Final Edition menghasilkan 481 ps dan 535Nm. RC Final Edition mempunyai tiga varian iaitu RC350 dengan enjin 2GR-FKS 3.5 liter V6 berkuasa 318 ps dan 380Nm.
RC300 dibekalkan enjin 8AR-FTS 2.0 liter turbo yang memiliki 245 ps dan 350Nm. Kedua-dua enjin menggunakan kotak gear SPDS lapan kelajuan.
Satu-satunya varian hibrid iaitu RC300h menggunakan enjin 2AR-FSE 2.5 liter berkuasa 178 ps dan 221Nm dan dipadan bersama transmisi E-CVT. Motor elektrik menghasilkan 105 kW (143 ps) dan 300Nm.
Daripada empat pilihan, RC F hanya dibuat dalam 200 unit terhad dan sebaliknya untuk RC Final Edition.
Ciri-ciri Lexus RC Final Edition:
Lexus RC F Final Edition
- Enjin 2UR-GSE 5.0 liter V8 dengan lencana khas.
- 481ps @7,100 rpm, 535Nm@4,800rpm.
- Kotak gear SPDS 8-kelajuan.
- Spoiler depan karbon.
- Sirip skirt sisi karbon.
- Bumbung karbon.
- Difuser karbon.
- Sayap belakang karbon - jenis aktif.
- Rim Final Edition dari BBS saiz 19 inci warna Metal Star Gloss Black.
- Kaliper brek merah dengan logo F depan dan belakang.
- Cermin sisi boleh lipat automatik Final Edition warna hitam dan kelabu.
- 7 pilihan warna badan.
- Dalaman Final Edition Black & Flare Red.
- Meter kelajuan analog dan meter tengah besar Final Edition dengan animasi khas.
- Lencana Final Edition pada konsol tengah.
- Panel karbon pada laci papan pemuka, panel karbon suis tingkap kuasa.
- Balutan Ultrasuede® pada kerusi sport jenis tinggi, bahagian pemandu dengan memori, fungsi pemanas dan pengudaraan untuk pemandu dan penumpang sisi.
- Balutan Ultrasuede® pada stereng, tombol gear dan trim pintu.
- Balutan fabrik ala suede pada atas meter.
- Suluhan logo F ke atas permukaan jalan.
- Sarung/bekas sijil pemeriksaan kenderaan dari fabrik ala suede.
Lexus RC Final Edition
- RC350 2GR-FKS 3.5 liter V6, 318ps@6,600 rpm, 380Nm@4,800 rpm.
- RC300 8AR-FTS 2.0 liter turbo, 245ps@5,200-5,800rpm, 350Nm@1,650-4,400rpm.
- Kotak gear SPDS 8-kelajuan.
- RC300h 2AR-FSE 2.5 liter hibrid, 178ps@6,00o rpm, 221Nm@4,200 - 4,800 rpm. Motor elektrik 105 kW (143 ps), 300Nm.
- Transmisi E-CVT
- Rim Final Edition dari Enkei saiz 19 inci.
- Kaliper brek merah dengan logo Lexus depan dan belakang.
- Cermin sisi boleh lipat automatik Final Edition warna hitam dan kelabu.
- Dalaman Final Edition Black & Flare Red.
- Panel karbon pada laci papan pemuka, panel karbon suis tingkap kuasa.
- Lencana Final Edition pada konsol tengah.
- Balutan Ultrasuede® pada kerusi sport, bahagian pemandu dengan memori, fungsi pemanas dan pengudaraan untuk pemandu dan penumpang sisi.
- Balutan Ultrasuede® pada stereng, tombol gear dan trim pintu.
- Balutan fabrik ala suede pada atas meter.
- Meter TFT LCD 8 inci Final Edition dengan animasik khas.
- Suluhan logo F Sport ke atas permukaan jalan.
Harga
- RC350 Final Edition: 7,670,000 yen (RM221,754)
- RC300h Final Edition: 7,110,000 yen (RM205,564)
- RC300 Final Edition: 6,660,000 yen (RM192,553)
- RC F Final Edition: 13,600,000 yen (RM393,205)
Lexus RC F Final Edition 2025:
Lexus RC Final Edition 2025:
Leave a Reply