SELAIN mempamerkan BMW 530i M Sport versi pemasangan tempatan (CKD), BMW Malaysia juga secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik (EV), BMW i4 eDrive35 M Sport pada harga RM294,800, atau RM315,600 jika termasuk pakej BMW Service Inclusive.
BMW i4 eDrive35 M Sport juga menampilkan rekabentuk sporty dan futuristik dengan pembaharuan pada gril ginjal (kidney grille) yang kini lebih moden dan menyerlah.
Apa menarik tentang BMW i4 eDrive35 M Sport?
- Tayar aerodinamik M 19 inci dengan rekaan bicolour menambah penampilan dinamik, manakala lampu depan LED Adaptif yang diperbaharui mencipta efek visual tajam yang meningkatkan aspek keselamatan.
- Teknologi laser kini turut diterapkan pada lampu belakang bagi menambah elemen premium pada keseluruhan rekabentuk.
- Penampilan keseluruhan diseimbang dengan elemen biru dan ciri aerodinamik untuk kesan agresif dan elegan.
- Kabin BMW i4 eDrive35 M Sport dipenuhi teknologi moden dan kemewahan menerusi stereng sport dengan rekaan tiga jejari dan indikator jam 12 untuk fungsi dan estetika tambahan.
- Papan pemuka lengkung BMW berorientasikan pemandu menggabungkan dua unit skrin 12.3 inci dan 14.9 inci untuk pengalaman visual lancar.
- Pencahayaan ambien boleh disesuaikan dengan sembilan warna pilihan warna untuk suasana kabin mewah dan ceria.
- Material kerusi PerformTex M yang mesra alam menawarkan keselesaan dan keanggunan.
- Emisi karbon dioksida (CO) dikurangkan 34kg berbanding material tradisional.
Trenkuasa
- BMW eDrive generasi kelima
- Menghasilkan output kuasa 210kW (286hp) dan tork 400Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6.0 saat
- Kelajuan maksimum 190kmj
- Jarak WLTP hingga 500km
Sistem Pengecasan
- Pengecasan pantas (DC) hingga 180kW, (cas 0-80 peratus mengambil masa 32 minit)
- Pengecasan AC hingga 11kW (cas penuh dalam tujuh jam)
- Peta Navigasi BMW untuk perancangan laluan pengecasan
Pengendalian dan Suspensi
- Sistem Stereng: Responsif dan tepat dengan pelarasan dinamik
- Suspensi: Pelarasan sporty dengan kestabilan tinggi
- Pusat graviti rendah untuk pengendalian yang lebih baik
Sistem Bantuan Pemandu
- Kawalan Pemanduan Aktif dengan fungsi henti-gerak Stop & Go
- Bantuan Proksimiti
- Bantuan Parkir Plus (pandangan panoramik dan 3D)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Kamera 360º
Rekabentuk dan Komponen M Performance
- Pilihan komponen M Performance untuk penampilan lebih sporty dan peribadi.
- Ada empat warna pilihan Cape York Green (hijau), Fire Red (merah), Alpine White (putih), dan M Portimao Blue (biru).
Konektiviti dan Teknologi
- Sistem Operasi (OS) BMW iDrive 8
- Integrasi Apple CarPlay dan Android Auto
- Aplikasi My BMW App untuk kawalan jarak jauh dan pengecasan
- Ciri keselamatan seperti panggilan kecemasan pintar dan perkhidmatan telekhidmat
Leave a Reply