• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / Volkswagen ID.7 Pro S Buat Hal Lagi, 941km Sekali Cas ketika Ujian!

Volkswagen ID.7 Pro S Buat Hal Lagi, 941km Sekali Cas ketika Ujian!

January 16, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM ini kami pernah memaparkan artikel mengenai Volkswagen ID.7 Pro S yang dipandu sejauh 794km sekali cas. Nampaknya sekali lagi model itu buat hal dengan jarak pemanduan 941km berbekalkan sekali cas bateri.

Rekod itu dibuat di litar Nardò, Itali menggunakan Volkswagen ID.7 Pro S dengan pakej teknologi standard yang berkuasa 210kW (286ps) dan bateri 86kWj (bersih).

VW ID.7 Pro S - ujian terdahulu

Jarak dibuat mengatasi angka rasmi 709km (kombinasi WLTP), atau pertambahan 232km (32.7 peratus).

Dalam misi tersebut, kadar penggunaan purata tenaga ialah 9.2kWj per 100km dan jika disetarakan dengan diesel, purata penggunaan ialah seliter per 100km. Matlamat utama ujian di Nardò itu adalah menentukan kecekapan maksimum yang mampu dicapai Volkswagen ID.7 Pro S.

Berikut ringkasan ujian dilakukan:

  • Sesi pengujian dibuat pada Disember 2024, dilakukan pemandu profesional Volkswagen Driving Experience di Low Speed Ring pada suhu 5 sehingga 15ºC.
  • Litar 12.5km itu membolehkan ujian pelbagai jenis kondisi lalu lintas dan enduran dibuat secara berkesan.
  • Purata kelajuan ketika ujian kecekapan dilakukan ialah 29kmj yang setara waktu puncak tipikal di bandar bandar besar.

  • Mengikut Indeks Lalu Lintas daripada TomTom, julat kelajuan antara 22kmj (Hamburg) dan 31kmj (Amsterdam).
  • Dari segi spesifikasi, kereta digunakan itu tidak menjalani sebarang pengubahsuaian dan dikeluarkan dari kilang elektromobiliti di Emden, Jerman.
  • Asas kepada kecekapan luar biasa model itu adalah ciri aerodinamik kuat dan sistem pemanduan canggih dengan kadar pekali seretan 0.23Cd (bergantung komponen).

  • Motor APP550 ekonomikal dan berkuasa. Motor pacuan elektrik yang disepadu pada gandar belakang menghasilkan tork 545Nm yang membantu pecutan 0-100kmj sepantas 6.6 saat.
  • Kadar penggunaan tenaga adalah antara 16.2 dan 13.6kWj per 100km (kitaran WLTP).

  • Tempoh pengecasan juga bagus. Hanya 10 minit diperlukan untuk mendapatkan tambahan jarak 244km dengan pengecas pantas (DC) dan kapasiti hingga 200kW.
  • Berbekalkan kapasiti pengecasan penuh, tambahan tenaga 10-80 peratus mengambil masa kira-kira 26 minit sahaja.
Volkswagen ID.7 Pro S 2024

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Pandu Uji, Roda4 Tagged With: EV, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Volkswagen, Volkswagen ID.7, Volkswagen ID.7 Pro S, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev