• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gagal Terbangkan Lebih 300 Jemaah, Syarikat Pengendali Umrah Berdepan Tindakan Gantung Operasi

Gagal Terbangkan Lebih 300 Jemaah, Syarikat Pengendali Umrah Berdepan Tindakan Gantung Operasi

January 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH syarikat pengendali umrah yang didakwa gagal menerbangkan 379 bakal jemaah ke Tanah Suci berdepan tindakan penggantungan operasi selama tujuh hari.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, tindakan ini akan dilaksanakan pada Rabu jika syarikat tersebut gagal memulangkan wang kepada bakal jemaah menjelang malam Selesa.

Sebelum ini, lebih 300 bakal jemaah terkandas selepas syarikat itu menunda penerbangan yang dijadualkan pada hari tersebut tanpa menetapkan tarikh baru.

Salah seorang jemaah yang ingin dikenali sebagai Ida, mendakwa dia hanya dimaklumkan mengenai penangguhan tersebut pada petang Ahad, dengan alasan penginapan di Arab Saudi dibatalkan.

Pihak syarikat kemudian menyatakan penerbangan ditunda pada 19 dan 24 Januari, namun tarikh itu juga belum lagi dapat dipastikan. Ida turut mendakwa bahawa syarikat berkenaan tidak membuat tempahan tiket penerbangan dan status visa serta hotel penginapan juga tidak jelas.

Ida yang sudah membayar penuh sebanyak RM22,000 bagi empat orang ahli keluarga pada November tahun lalu, meluahkan kekecewaan kerana ini merupakan umrah pertama mereka sekeluarga.

Sebagai tanda protes, ramai jemaah yang terlibat menzahirkan rasa kesal di media sosial dan ada yang telah terbang ke Kuala Lumpur dari negeri lain untuk menunaikan umrah, namun kini berkumpul di pejabat syarikat tersebut menuntut penjelasan dan pemulangan bayaran.

Setakat ini, hanya 17 individu yang berjaya mendapat bayaran balik, manakala pihak syarikat gagal dihubungi. Malah, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh syarikat terbabit.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MOTAC, Penerbangan Umrah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my