• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kamera AwAS Dipertingkat dengan Sistem 'Point-to-Point' untuk Pantau Kelajuan Lebih Efisien

Kamera AwAS Dipertingkat dengan Sistem 'Point-to-Point' untuk Pantau Kelajuan Lebih Efisien

January 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan penambahbaikan pelaksanaan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dengan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik digunakan ketika ini.

Kaedah baharu itu membolehkan pemantauan halaju kenderaan dilakukan lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.

Menurutnya, kaedah statik yang digunakan sebelum ini tidak mencapai objektif untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dan seterusnya mengurangkan risiko kemalangan. Dengan kaedah point-to-point, halaju kenderaan akan dinilai berdasarkan masa diambil untuk bergerak antara dua titik tertentu.

Jika pemandu mengambil masa lebih pendek daripada sepatutnya, ini menandakan pemandu memecut dan tindakan saman akan dikenakan.

Pelaksanaan sistem baharu ini akan dimulakan di kawasan berisiko tinggi seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak  (KLK) di Genting Sempah dan Terowong Menora di Ipoh supaya pelaksanaan lebih efektif dalam mengurangkan kelajuan, terutama bas yang menuruni bukit.

Loke berharap penambahbaikan sistem AwAS itu dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kesedaran dan disiplin pemandu seluruh negara.

SUMBER: AstroAwani

Related

86
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my