• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motor Jipang 'Pantra' Jadi Trend Unik Penunggang Filipina

Motor Jipang 'Pantra' Jadi Trend Unik Penunggang Filipina

June 12, 2017 By Aryon 2 Comments

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAGI peminat jentera dua roda, anda pastinya sudah arif tentang kategori motosikal. Mengambil kira trend tempatan dan serantau, kategori motosikal paling popular di Asean bolehlah dikelaskan kepada moped (juga dipanggil underbone atau kapcai), skuter (pecahan daripada moped) dan sportbike.

Buka saja laman web pengeluar motosikal seperti Honda, Yamaha, Suzuki atau Modenas, anda pasti dapat lihat tiga kategori besar tersebut sebagai menu utama produk masing-masing. Ini jelas menunjukkan setiap kategori berkenaan memiliki kelompok pembeli besar dan cukup ramai.

BACA >>> Filipina Kuat Kuasa Standard Baharu Nombor Plat Motosikal dengan Ciri Kod Bar, RFID

Mengulas mengenai kategori motosikal, artikel kali ini kami bawakan anda ke Filipina untuk bercerita tentang jenis motosikal yang cuma ada di negara jiran itu, iaitu pantraysikel. Jika mengambil kira kategori utama di atas dan melihat stail badan, pantraysikel sepatutnya diletakkan di bawah menu sportbike.

Tetapi pengeluar motosikal di Filipina tidak melakukannya, sebaliknya mewujudkan kategori baru dinamakan Bisnes (Business), sama seperti skuter yang dikeluarkan daripada kategori moped. Persoalannya, motosikal apa dalam kategori Bisnes ini?

PANTRAYSIKEL - DARIPADA BISNES KEPADA TREND

kawasaki-barako-custom
pantra-public-transport
pantra-boxer
pantra-public-transport-2

Mengikut slanga tempatan, pantraysikel disebut sebagai pantra (macam kapcai di Malaysia untuk moped), bermaksud untuk kegunaan trisikal (motor tiga roda). Lebih jelas lagi, pantra merujuk kepada jenis motosikal yang digunakan bagi tujuan komersil seperti menghantar makanan, perkhidmatan kurier atau pengangkutan awam.

Motosikal jenis ini kebiasaannya memiliki frem yang kuat, suspensi heavy-duty dan gaya badan sederhana, tetapi berenjin lasak. Ciri paling tipikal, motosikal pantra masih menggunakan brek dram di depan dan belakang. Jika mahu menggambarkan rekabentuk pantra dengan motosikal di Malaysia, gaya badan pantra adalah seakan motosikal sportbike era 70 hingga 90-an seperti model Yamaha RS dan Suzuki GS. Kalau pantra dilihat di Malaysia, orang kita akan memanggilnya sebagai 'motor jipang'.

Di Filipina, pantra juga ibarat kanvas kosong bagi peminat motosikal di sana yang mahu membikin motosikal secara custom. Dalam erti kata sebenar, pantra bukan dibeli mereka yang terlibat dalam kerja-kerja bermotosikal saja.  Malah, memang ada ramai kelompok pembeli di Filipina lebih suka membeli pantra kerana ciri versatil ditawarkan yang bukan sekadar pengangkutan harian, tetapi boleh dijadikan medium mencari sumber rezeki.

SETIAP PENGELUAR ADA PANTRA

Kegilaan orang Filipina terhadap pantra membuatkan pengeluar motosikal di sana memasarkan model-model yang menepati ciri khas sebuah pantra di bawah kategori Bisnes. Honda Filipina misalnya, mengeluarkan model TMX (Supremo, TMX 125 Alpha, CB125CL), Yamaha (YTX125 dan RS110F), Suzuki (GD110, AX4), dan Kawasaki (Barako 175, CT150 Boxer, Bajaj CT-100).

BACA >>> Yamaha Filipina Perkenal Mio Aerox S Versi 'Full Spec', Ada 155 Unit Sahaja

Ada juga jenis motosikal lain selain gaya jipang yang di-pantra-kan, iaitu motosikal jenis cruiser kompak (seperti Modenas Jaguh) atau stail badan cafe racer dengan enjin bersesaran kecil dan sederhana. Pantra di sini bermaksud motosikal tersebut diberikan tambahan ciri lasak pada frem dan sistem suspensi.

HONDA TMX 125 ALPHA
HONDA TMX SUPERMO
SUZUKI AX4
SUZUKI GD110
YAMAHA YTX125
SUZUKI BARAKO 175

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Filipina, motosikal Filipina, motosikal pantra, pantra, pantraysikel, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev