• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT Cadang Tarif Elektrik Khusus untuk Pengangkutan Awam

MOT Cadang Tarif Elektrik Khusus untuk Pengangkutan Awam

January 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) mencadangkan pengenalan tarif elektrik khas sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban kewangan ditanggung pengusaha.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengusaha pengangkutan awam kini dikenakan tarif elektrik yang sama dengan syarikat perniagaan biasa hingga menyebabkan mereka terbeban dengan kos tinggi.

prasarana-logo
KTMB logo

Loke berkata, MOT sudah lama memperjuangkan kadar elektrik khas untuk sektor ini bagi membantu pengusaha, baik awam atau swasta. Menurutnya, tarif khas ini dapat menggalakkan pertumbuhan pengangkutan awam di negara ini.

Menurut Loke lagi, kadar caj semasa adalah tinggi dan tarif khas dicadangkan dijangka dapat meringankan beban kewangan pengusaha. Pengusaha pengangkutan awam, khususnya melibatkan sistem seperti MRT, LRT, dan Prasarana dijangka akan mendapat manfaat besar daripada inisiatif berkenaan.

ktmb-tren-butterworth-hatyai-1
LRT BUKIT JALIL

Pengusaha pengangkutan seperti MRT dan LRT membelanjakan sekitar 30 hingga 35 peratus daripada kos operasi untuk pembayaran elektrik. Begitu juga Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang menggunakan sekitar 35 peratus kos operasi untuk membayar elektrik berdasarkan sistem tarif semasa.

Cadangan ini dijangka akan mempertingkatkan daya saing sektor pengangkutan awam dan memberi impak positif terhadap keberkesanan operasi pengangkutan awam di Malaysia.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), LRT, MRT, Prasarana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev