• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Tamatkan 2024 dengan Jualan, Eksport Lebih 152k Unit Kenderaan

Proton Tamatkan 2024 dengan Jualan, Eksport Lebih 152k Unit Kenderaan

January 7, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

PROTON menjual 152,352 unit kenderaan, termasuk eksport ke pasaran luar sepanjang 2024, sekali gus menduduki ranking kedua jenama popular di Malaysia dan kali keenam berturut-turut menguasai ranking kedua carta jualan automobil terlaris tempatan.

Disember 2024 menyaksikan jualan 14,601 unit kenderaan, iaitu peningkatan 19.7 peratus berbanding bulan sebelumnya. Jumlah jualan itu adalah termasuk eksport 1,113 unit kenderaan ke pasaran luar.

PRESTASI JUALAN PROTON 2024

Proton Saga

  • Dijual sejak empat dekad.
  • Model paling laris 2024 dengan jualan 72,769 unit (naik 3.7 peratus berbanding 2023).
  • Menjadi kenderaan Malaysia pertama dengan jualan lebih 2 juta unit (dicapai sejak Jun 2023).

Proton S70

  • Jualan keseluruhan 19,182 unit.
  • Meraih sedan segmen-C paling popular Malaysia.
  • Jualan Disember 2024 meraih 1,670 unit (naik 27.2 peratus berbanding November 2024).

Proton X50

  • Jualan Disember mencatatkan jualan 2,614 unit (naik 36.8 peratus berbanding November 2024),
  • Jumlah jualan 2024 mencatatkan 23,647 unit.
  • Menjadi kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B paling laris selama empat tahun berturut-turut.

Proton X70

  • Terjual 8,992 unit sepanjang 2024.
  • Jualan Disember merekodkan 1,456 unit (naik 36.7 peratus berbanding November 2024)
  • Faktor lonjakan jualan dibantu promosi hujung tahun.

Proton X90

  • Jualan terkumpul 2024 sebanyak 3,553 unit.
  • Hanya 307 unit dijual bulan lalu.

PRESTASI JUALAN SMART 2024

  • Subsidiari Proton yang mengendalikan kenderaan elektrik jenama smart, Pro-Net merekodkan jualan 622 unit untuk model smart #1 dan #3.

PROJEK CKD PROTON DI MESIR

  • Proton mengeksport kenderaan ke 18 negara luar dengan mencatatkan peningkatan jualan 31 peratus berbanding 2023.
  • Peningkatan tempahan dari Mesir mendorong jumlah eksport Disember naik kepada 1,113 unit.
  • Jumlah eksport sepanjang 2024 merekodkan 4,765 unit.
  • Mesir muncul destinasi eksport utama dengan jualan 1,748 unit pada 2024.
  • Brunei jadi destinasi kedua paling popular dengan jualan 1,200 unit.
  • Tiga model paling laris dieksport ialah Saga (2,906 unit) disusuli X50 dan S70.

APA KATA BOS PROTON EDAR?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata;

Tahun 2024 ialah tahun cemerlang buat Proton, yang mana kami berusaha gigih untuk mengharungi persaingan pasaran yang sengit sambil mencapai pencapaian penting.

"Kami berbangga dapat mengekalkan kedudukan sebagai jenama automotif kedua paling popular di Malaysia, meraih 18.7 peratus bahagian pasaran dan menunaikan janji untuk melancarkan model EV pertama kami pada 2024.

"Pada 2025, kami akan terus memperkukuh kedudukan Saga sebagai pilihan utama pelanggan, manakala kejayaan X50 dan X70 membuktikan minat tinggi terhadap SUV premium kami. Semua ini adalah pencapaian positif untuk dibawa ke tahun baru dan kami berharap dapat mengembangkan syarikat selaras nilai teras jenama kami, iaitu inovasi, kebolehpercayaan dan antarabangsa."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, pro-net, Proton jualan Disember 2024, rekod jualan Proton 2024, SMART

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev