• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM149k

Toyota GR Yaris, GR Corolla, dan Corolla GR Sport Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM149k

January 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor Sdn Bhd secara rasmi melancarkan tiga model paling dinanti-nantikan peminat automotif semalaysia, iaitu Toyota GR Yaris 2025,GR Corolla 2025, dan Corolla GR Sport 2025 pada harga bermula RM149,800.

Berpegang kepada legasi cemerlang Toyota GAZOO Racing (TGR) dalam sukan permotoran dan kejuruteraan termaju, pengenalan model tersebut menjadi pemangkin keterujaan dan inspirasi dalam kalangan peminat automotif tempatan sejak debut global pada 2007.

Berikut harga ditawarkan untuk tiga model Toyota tersebut:

  • GR Yaris 2025 - RM315,600
  • GR Corolla 2025 - RM367,000
  • Corolla GR Sport 2025 - RM149,800

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata;

Toyota menjadi nadi kehidupan rakyat Malaysia selama hampir tujuh dekad, membawa inovasi, kebolehpercayaan, dan kegembiraan kepada setiap generasi pemandu."

"Bagi Toyota, pemanduan bukan sekadar bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain, tetapi satu pengalaman penuh emosi yang menghubungkan jiwa dengan jalan raya dan menghidupkan rasa gembira dalam setiap perjalanan."

"Dengan pelancaran model GR dan GR Sport, Toyota meneruskan legasinya, mengangkat pengalaman memandu ke tahap luar biasa."

Perincian Ketiga-Tiga Model GR 2025

Toyota GR Yaris 2025
  • Dipacu enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan dalam pacuan semua roda (AWD) GR-Four
  • Menghasilkan output kuasa 300ps dan tork 400Nm
  • Menggunakan teknologi penyejukan subradiator dan sistem semburan intercooler.
  • Sistem suspensi dipertingkat
  • Bahagian depan dilengkapi Functional MATRIX Ver 2
  • Bahagian belakang dilengkapi sistem ekzos, difuser, dan pencahayaan baharu
  • Unit infotainment GR TFT penuh 12.3 inci
  • Tali keledar keselamatan merah
  • Konsol sisi penumpang dilengkapi port USB
  • Ada empat warna, termasuk warna baharu Precious Metal
Toyota GR Corolla 2025
  • Dikuasakan enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L turbo dengan transmisi manual 6-kelajuan dalam pacuan semua roda (AWD) GR-Four
  •  Output kuasa 300ps dan tork 400Nm yang meletakkan model ini sebagai hot-hatch prestasi tinggi
  • Sistem suspensi dipertingkat termasuk spring pemulihan dan optimum
  • Ventilator ambilan udara diperbesar
  • Bampar depan baharu
  • Ada empat warna pilihan seperti Platinum White Pearl Mica, Precious Black, Precious Metal, dan Emotional Red 2.
Toyota Corolla GR Sport 2025
  • Dilengkapi enjin 1.8L dengan transmisi automatik, CVT Sport Sequential Shiftmatic 10-kelajuan.
  • Menggunakan skema warna dwi-tona dengan bumbung hitam
  • Gril khas GR Sport dengan corak heksagon silang (mesh)
  • Mempunyai aksen aerodinamik pada bampar dan spoiler
  • Dipasangkan rim aloi 18 inci GR Sport dengan corak multi-spoke baharu
  • Kerusi balutan sued dan kulit premium dengan trim sulaman benang merah
  • Stereng GR dengan trim logam perak smoke
  • Sistem audio definisi tinggi (HD)
  • Unit infotainmen 10-inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Diberikan ciri tambahan seperti pengecasan wayarles, kawalan penyaman udara dwi-zon, dan corong penyaman udara untuk penumpang belakang
  • Ada empat warna dwi-tona seperti Platinum White Pearl Mica, Red Mica Metallic, dan Attitude Black Mica
Toyota GR Yaris 2025
Toyota GR Corolla 2025
Toyota Corolla GR Sport 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Corolla GR Sport 2025, GR Corolla 2025, GR Yaris 2025, Roda4, Toyota Gazoo Racing, UMW Toyota Motor Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my