TAHUN 2024 menyaksikan pertembungan antara kenderaan tenaga baharu (NEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) tradisional.
Walaupun kereta ICE masih menguasai, jualan NEV sudah menghakis kedudukan yang selesa sebelum ini. Ini ditambah beberapa cabaran lain seperti inflasi, dan industri automotif yang terjejas dan mula bangkit pasca wabak Covid-19.
Berdasarkan situasi tersebut, bagaimanakah prestasi jualan 2024? Hyundai Motor Company (HMC) mengumumkan angka jualan yang menyaksikan penurunan 1.8 peratus di peringkat global berbanding 2023.
Jualan global 4,141,791 unit membabitkan 705,010 unit di Korea dan 3,436,781 unit di pasaran luar negara. Berbanding 2023, jualan domestik menyusut 7.5 peratus dan sedikit menurun di pasaran luar (0.5 peratus).
Namun jualan melebihi 4.1 juta masih tinggi dan Hyundai dapat menambah baik campuran jualan menerusi model baharu seperti Tucson baharu dan Casper EV selain mengukuhkan barisan kenderaan mesra alam.
Hyundai Motor America (HMA) juga mencatat jualan paling tinggi dalam sejarah syarikat, iaitu 836,802 unit atau meningkat 4 peratus berbanding 2023. Pelanggan HMA begitu gemarkan Tucson yang mencatatkan jualan 206,126 unit, disusuli Elantra (136,698 unit) dan Santa Fe (119,010 unit).
Bagi 2025, syarikat akan mengoptimum portfolio produk dan pengurusan bekalan kenderaan setiap wilayah, termasuk memperluas jualan model elektrifikasi serta meningkatkan pengeluaran tempatan di pusat fasiliti global.
Selain itu, HMC juga akan meningkatkan pengurusan isu secara proaktif dan sistem pengeluaran anjal untuk pelbagai model dengan menumpukan kepada operasi perniagaan menguntungkan.
HMC mensasarkan jualan global 2025 sebanyak 4,174,000 unit dengan pembahagian 710,000 unit di Korea dan 3,464,000 unit untuk pasaran luar.
Perincian Jualan HMC 2024
Domestik
- 705,010 unit - 7.4 peratus berbanding 2023.
- Sedan: 198,580 unit (Grandeur 71,656), (Sonata 57,355), (Avante 56,890).
- RV: 245,241 unit ( Santa Fe 77,161), (Tucson 55,257), (Kona 28,459) (Casper 41,788).
- Kenderaan Perdagangan: 111,373 unit (Porter 69,267), (Staria 41,118 units), (kenderaan besar seperti bas dan lori 26,864 unit).
- Genesis: 136,774 unit (G80 45,854), (GV80 39,369), (GV70 34,469).
Pasaran Luar
- 3,436,781 unit - 0.5 peratus berbanding 2023
Jualan Disember 2024
- 330,059 unit - Korea 61,323 unit; Luar 268,736 unit
Leave a Reply