• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jalan Sesak di Johor Dijangka Meningkat Susulan Pertukaran Cuti Hujung Minggu

Jalan Sesak di Johor Dijangka Meningkat Susulan Pertukaran Cuti Hujung Minggu

January 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KESESAKAN jalan raya di laluan utama dan pusat bandar Johor dijangka bertambah berikutan pelaksanaan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad mulai tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menjelaskan bahawa kesesakan berlaku kerana waktu puncak yang sama bagi kakitangan kerajaan, pekerja swasta, dan rakyat Singapura.

Sebagai langkah mengatasi masalah ini, pelbagai naik taraf jalan sedang dijalankan, termasuk pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pasir Gudang.

Walaupun ia dilakukan secara berperingkat, beliau berharap ia dapat membantu mengurangkan kesesakan.

Dalam usaha jangka panjang, pembangunan sistem pengangkutan awam lebih bersepadu di Johor Bahru juga sedang dipertimbangkan.

Berikut tiga laluan utama yang dikenal pasti dapat membantu melancarkan aliran trafik:

  • Iskandar Puteri
  • Tebrau
  • Skudai

Perancangan ini dijangka melengkapkan perkhidmatan Rapid Transit System (RTS) Link yang dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.

SUMBER: Kosmo

Related

60
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Utama Johor, Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan Infrastruktur dan Komunikasi Johor, Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
    PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas
  • GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
    GGR Motor Lancar Motosikal Elektrik Baharu Bersama Artis Popular, Perkenal 'Go Green Revolution'
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev