• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pegawai Kanan Polis Rempuh Maut Penunggang Kapcai, Disyaki 'Microsleep'

Pegawai Kanan Polis Rempuh Maut Penunggang Kapcai, Disyaki 'Microsleep'

January 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman disahkan sebagai pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Ativa yang terlibat kemalangan maut dengan penunggang motosikal di KM32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram, Kuala Selangor, Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menjelaskan siasatan dijalankan secara telus mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pegawai terbabit, yang sedang bercuti ketika kejadian, kini menerima rawatan di hospital akibat kecederaan. Ujian air kencing juga menunjukkan keputusan negatif dadah, manakala rakaman video menunjukkan beliau mungkin mengalami gejala 'microsleep'.

Siasatan lanjut sedang dilakukan, termasuk mengumpul keterangan saksi dan rakaman kamera pemuka (dashcam) dan kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam insiden tersebut, mangsa berusia 57 tahun yang menunggang kapcai je is Honda Wave sedang dalam perjalanan pulang dari Klang ke rumahnya di Kuala Selangor sebelum dilanggar Ativa berkenaan dari arah bertentangan.

Mangsa yang juga kakitangan klinik kesihatan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dan kes kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, Bukit Aman, Honda Wave, Kenderaan Utilisi Sukan (SUV), Pegawai Kanan Polis, Perodua Ativa, Timbalan Pendakwa Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my