• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Imej Bocor Citroen C3 Aircross Bukan daripada Foto Intipan, Tetapi Model Skala

Imej Bocor Citroen C3 Aircross Bukan daripada Foto Intipan, Tetapi Model Skala

June 10, 2017 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


KELIBAT model baharu yang bocor menerusi tangkapan foto intipan di atas jalan dan dalam kawasan kilang sudah terlalu klise. Tetapi lain pula dengan Citroen C3 Aircross serba baharu ini kerana imej kereta ini bocor menerusi model skala, sekali gus memberi gambaran sebenar versi pengeluaran.

Citroen C3 Aircross baharu kelihatan tidak lagi mewarisi model terdahulu yang memiliki DNA kenderaan pelbagai guna (MPV). Sebaliknya tampil dengan rupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis crossover yang dibina berasaskan platform sama dengan Opel Crossland, juga baru dilancarkan.

Imej bocor itu turut mendedahkan rekabentuk badan Citroen C3 Aircross yang mirip model supermini C3, termasuk karakteristik depan dengan elemen pencahayaan berasingan dan panel pelindung pada gerbang roda depan dan belakang.

Model versi konsep, C-Aircross Concept sudah ditayangkan pada Pameran Motor Geneva 2017 dan berasaskan imej model skala yang bocor, crossover baharu itu boleh dikatakan banyak menggunakan elemen yang terdapat pada kereta konsep asal.

Spesifikasi dijangka menggunakan enjin 3 dan 4-silinder sama ada petrol atau diesel. Jika mengambil kira ciri yang ada pada model C4 Cactus dan Opel Crossland X, model Citroen C3 Aircross mungkin tidak didatangkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD). Peugeot juga merancang menggunakan platform sama untuk model baharu akan datang 2008.

Citroen kini merancang melancarkan C3 Aircross sebelum penghujung tahun ini yang mana model sebenar dijangka didedahkan dalam beberapa bulan akan datang.

SUMBER: Car Scoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Citroen, Citroen C3 Aircross, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Geneva 2017, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev