• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Civic Hatchback Turbo Mula Dijual di Indonesia

Honda Civic Hatchback Turbo Mula Dijual di Indonesia

June 11, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PASARAN serantau nampaknya semakin meriah dengan pelbagai tawaran menarik Honda. Apa yang lebih menarik, Honda memperkenalkan model-model tertentu dibahagikan mengikut beberapa negara utama dan tidak dipukul sama rata.

Misalnya, Thailand menerima Honda CR-V i-DTEC, Malaysia pula Honda Jazz Hybrid dan Indonesia pula baru saja melancarkan Honda Civic Hatchback Turbo, iaitu kedua dilancarkan di Asean selepas Thailand. Lebih mengujakan, antara semua pelancaran di atas, kedengaran cakap-cakap mengatakan kemungkinan Honda Civic Type R bakal dipasarkan di Malaysia menjelang penghujung tahun nanti.

Apapun, pelancaran Civic Hatchback Turbo oleh PT Honda Prospect (HPM) pasti mengembirakan peminat Civic di negara jiran tersebut dengan menggunakan slogan promosi Drive Sexiness. Presiden PT HPM, Takehiro Watanabe berkata;

Melalui pelancaran Civic Hatchback Turbo ini, kami mahu membangkitkan semula kegemilangan model hatchback Honda yang mempunyai reputasi seluruh dunia sebagai kereta sporty dengan enjin berkuasa. Di Indonesia, Civic Hatchback ialah permulaan kepada penjualan jenama Honda, iaitu pada 1973 dan kini kembali dengan rupa baharu dan teknologi sofistikated."

Di Indonesia, Honda Civic Hatchback ialah perintis kepada pasaran baharu, iaitu segmen hatchback premium. Berikut ialah ciri yang terdapat pada Honda Civic Hatchback Turbo versi Indonesia:

Varian
  • Honda Civic Hatchback Turbo Type S
  • Honda Civic Hatchback Turbo Type E
Luaran
  • Lampu utama LED penuh - Type E
  • Lampu utama projektor - Type S
  • Lampu siang (DRL) LED - Type E & Type S
  • Lampu kabus LED - Type E & Type S
  • Lampu sisi - Type E & Type S
  • Rim 17-inci
Interior
  • Menggunakan konsep rekabentuk Daring Ace Design
  • Kluster meter dengan paparan LCD Multi Informasi
  • Stereng Condong dan Teleskopik (Tilt & Telescopic)
  • Kerusi pemandu elektrik boleh laras 8-cara - Type E
  • Kerusi pemandu boleh laras manual 6-cara - Type S
  • Penyaman udara automatik
  • Kunci pintar dengan ciri enjin boleh hidup kawalan jauh
  • Sistem masukan pintar
  • Kawalan jelajah
  • Sensor pengelap cermin depan - Type E
  • Stereng Pinan Dual (Dual Pinion) EPS
Sistem infotainment
  • Sistem video audio dengan skrin sentuh 7-inci - serasi OS Android dan iOS - Type E
  • Sokongan HDMI - Type S
  • Suis telefon bebas tangan di stereng
  • Kamera undur
Nadi kuasa
  • 1.5L VTEC Turbo - 172hp
  • Transmisi Variable Berterusan (CVT) 7-kelajuan dengan pedal anjakan
  • Mod ECON
  • Eco Assist
  • Emisi EURO 2 - Diuji Kerajaan Indonesia
Sistem keselamatan
  • Struktur perlindungan pejalan kaki di lima bahagian - dapat mengurangkan impak perlanggaran dan kecederaan
  • 6 beg udara - Type S
  • 2 beg udara - Type E
  • ISOFIX dan pautan tether
  • Brek parkir elektronik
  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) + Agihan Brek Elektronik (EBD) + Bantuan Brek (BA)
  • Signal Henti Kecemasan (ESS)
  • Sistem Brek Langkau (Brake Override System)
Warna
  • Rallye Red (merah)
  • Crystal Black Pearl (hitam)
  • Lunar Silver Metallic (perak)
  • White Orchid Pearl (putih)
  • Sonic Gray Pearl (kelabu)
  • Modern Steel Metallic (kelabu gelap)
Harga
  • Honda Civic Hatchback Type E - Rp438,000,000 (RM140,520)
  • Honda Civic Hatchback Type S - Rp399,000,000 (RM127,995)
Honda Civic Hatchback Turbo Indonesia 2017.01
Honda Civic Hatchback Turbo Indonesia 2017.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda, Honda Civic, Honda Civic Hatchback, PT Honda Prospect (HPM), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
    TPAD Desak MOT Segerakan Tindakan Terhadap 21 Tuntutan Industri e-Hailing
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev