• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Mirai Z Black Package 2025 yang Tampil Lebih Garang, Varian Lain Turut Dipertingkat

Toyota Mirai Z Black Package 2025 yang Tampil Lebih Garang, Varian Lain Turut Dipertingkat

January 1, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TOYOTA Mirai 2025 menjadi bukti kesungguhan Toyota dalam teknologi sel bahan api hidrogen (FCEV). Mirai generasi pertama dikeluarkan pada 2014 dalam rekabentuk unik.

Generasi kedua menyusul pada 2020 dalam rekaan seperti kereta biasa. Jika masih tidak terasa unik, Toyota ada menawarkan Crown Sedan FCEV yang tampil mewah dan gah.

Bagi pelanggan di Jepun, Toyota menawarkan Toyota Mirai 2025 dengan perubahan kosmetik dan pengenalan varian baharu.

Sempena meraikan ulang tahun ke-10, Toyota menambah varian Black Package untuk Toyota Mirai Z dengan perbezaan tidak besar, tetapi nampak garang dengan rim aluminium 20 inci corak kipas turbin dan berwarna gelap.

Komponen luar turut dihitamkan seperti gril depan, hendal pintu dan lencana. Gaya garang begini menimbulkan persoalan, kenapa Toyota tidak mengeluarkan Toyota Mirai versi GR Sport? Walaupun tiada GR Sport, pelanggan boleh memesan kit Modellista supaya Mirai tampil lebih sporty.

Susunan varian Toyota Mirai 2025 diringkaskan kepada Z Advanced Drive, Z dan G. yang mana semua varian dilengkapi rim aluminium hitam kilat 19 inci serta dipadankan tayar 235/55.

Toyota Mirai Z
Toyota Mirai G
Toyota Mirai Z Advanced Drive

Sebagai model FCEV, mungkin ada tertanya berat Toyota Mirai dengan bateri dan tiga tangki hidrogen. Jawapannya, berat bergantung kepada varian iaitu 2,265kg untuk Z Advanced Drive, 2,225kg (Z) dan  2,195kg (G)

Dua tangki hidrogen disusun menegak dan melintang bawah lantai tengah dan satu lagi melintang bawah lantai but. Semua tangki itu memiliki kapasiti 141 liter iaitu 64 liter dan 52 liter di tengah dan 25 liter di belakang.

Jarak pemanduan pula sekitar 850km untuk G dan 810km bagi Z dan Z Advanced Drive. Dari segi prestasi, Mirai boleh dipecut hingga 175kmj.

Ciri Toyota Mirai 2025

  • Dimensi: panjang 4,975mm, lebar 1,885mm, dan tinggi 1,470mm, manakala jarak roda 2,920mm
  • FC stack: FCB130, 128kW (174ps), 330 sel
  • Motor elektrik: 3km, 134kW (182 ps) @ 6,940rpm, tork 300Nm @ 0-3,267rpm
  • Bateri litium-ion: 4.0Ah
  • Kapasiti tangki hidrogen: 141 liter (64 liter, 52 liter, 25 liter), tekanan pengisian 70MPa
  • Jarak pemanduan: 850km (G), 810km (Z, Z Advanced Drive)
  • Kelajuan maksimum: 175kmj

Varian dan Harga:

  • Mirai G - 7,414,000 yen (RM210,710)
  • Mirai Z - 8,215,900 yen (RM233,500)
  • Mirai Z Advanced Drive - 8,610,800 yen (RM244,720)
  • Mirai Z Black Package -
Toyota Mirai Z Package 2025
Toyota Mirai 2025
Toyota Mirai Z Advanced Drive
Toyota Mirai G
Toyota Mirai Z
Rim aluminium 19×8J, tayar 235/55

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: FCEV, kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), Roda4, Toyota, Toyota Mirai, Toyota Mirai 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my