• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wanita Tular Bakar Honda RSX Berdepan Hukuman Penjara 14 Tahun

Wanita Tular Bakar Honda RSX Berdepan Hukuman Penjara 14 Tahun

December 31, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PENIAGA pisang goreng, Zainatul Rafeda Zainul Abidin mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar motosikal jenis Honda RSX di Pokok Assam, Taiping, minggu lalu.

Zainatul, 43, menyatakan kesal terhadap tindakannya dan mengaku bersalah di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim, yang kemudian menetapkan 14 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman, sementara menunggu fakta kes.

Tertuduh kelihatan sebak ketika dibawa dari lokap ke mahkamah, dan sekali lagi mengalirkan air mata ketika membuat pengakuan bersalah di kandang tertuduh. Beberapa ahli keluarga yang hadir turut dilihat terkesan selepas pengakuan itu dibuat.

Zainatul didakwa melakukan khianat menggunakan api, yang diketahui boleh menyebabkan kerosakan terhadap motosikal Honda RSX hitam bernilai RM7,000, milik Zainatul Shakira Amira Zaini, 22, di Jalan Masjid, Pokok Assam, Taiping, Perak pada 26 Disember lalu, sekitar jam 3.50 petang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fahmi Kamaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Jun.

Muhammad Fahmi menawarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tertuduh tidak menghubungi mangsa atau mengganggunya hingga kes selesai.

Peguam Wei Jun memohon jumlah ikat jamin dikurangkan, dengan alasan anak guamnya hanya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan sebagai peniaga pisang goreng dan apam balik, termasuk menyara empat anak. Beliau turut memaklumkan suami tertuduh mengalami strok sebelah badan.

Hakim Nabisha kemudian menetapkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipersetujui pihak pendakwaan.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bakar Honda RSX Tak Bayar, Honda RS-X, jenayah, Mahkamah Seksyen, Pokok Assam Taiping, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my