• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Wanita Bakar RSX Tidak Bayar Ansuran 20 Bulan

Video Wanita Bakar RSX Tidak Bayar Ansuran 20 Bulan

December 27, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan seorang wanita berumur 40-an susulan video tular membakar sebuah motosikal di Jalan Masjid Pokok Assam di Taiping, Perak.

Wanita lingkungan 40 tahun itu ditahan sekitar jam 7.30 malam semalam selepas polis menerima laporan kes tersebut daripada seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, insiden melibatkan pemilik motosikal jenis Honda RSX hitam dan seorang penarik kenderaan.

Suspek wanita itu dikatakan memiliki tunggakan bayaran ansurans 20 bulan dan tidak berpuas hati dengan penarik kenderaan yang cuba menarik motosikalnya.

Wanita itu dikatakan menyimbah cecair disyaki petrol ke atas motosikal lalu membakarnya, kata Mohamad Nasir dalam kenyataan di Ipoh, hari ini.

Suspek wanita itu ditahan bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular video 1 minit 42 saat memaparkan seorang wanita sengaja menyimbah petrol dan membakar motosikal miliknya. Sebelum itu seorang lelaki dipercayai penarik kenderaan yang merakam video berkenaan memaklumkan pemilik motosikal tersebut memiliki bayaran tertunggak selama 20 bulan.

Kami tarik motosikal ini dari JCL. Motosikal ini sudah tidak dibayar 20 bulan. Owner (pemilik) simbah minyak dan bakar," katanya.

SUMBER: BHarian | SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, video tular, Wanita Bakar RS-X Tidak Bayar Ansuran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev