• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Beri Kerjasama Penuh Ops Gempur JPJ, Tidak Akan Lindungi Salah Laku Kakitangan

Puspakom Beri Kerjasama Penuh Ops Gempur JPJ, Tidak Akan Lindungi Salah Laku Kakitangan

December 31, 2024 By Han Othman Leave a Comment

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PUSPAKOM mengumumkan kesediaan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan pemeriksaan mengejut di semua cawangan Puspakom seluruh negara sepanjang
semalam.

Agensi pemeriksaan kenderaan pertama negara itu menyatakan amat mengalu-alukan penguatkuasaan yang dijalankan JPJ ke atas cawangan-cawangan Puspakom dalam usaha memastikan operasi pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, langkah ini akan membantu usaha membudayakan amalan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Kami percaya kerjasama antara Puspakom dan JPJ akan mengukuhkan usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara. Puspakom sentiasa komited dalam memastikan semua kenderaan yang diperiksa memenuhi syarat keselamatan ditetapkan.

"Pemeriksaan mengejut ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPJ untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang kenderaan di jalan raya. Kami menyokong penuh inisiatif ini untuk memastikan segala prosedur pemeriksaan dilakukan dengan telus dan mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa,"
kata Mahmood.

Puspakom juga mengesahkan dua kakitangan cawangan Wangsa Maju dipanggil untuk memberikan keterangan kepada Jabatan Penguatkuasaan JPJ hari ini (31 Disember 2024), manakala sebuah kenderaan diperiksa di cawangan sama disita JPJ kerana menggunakan pemandu warga asing tanpa lesen memandu
sah.

Puspakom menegaskan kakitangan terlibat tidak akan dilindungi daripada sebarang tindakan disiplin dalaman sekiranya terbukti ada salah laku.

Untuk memastikan integriti pemeriksaan Puspakom, syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit seperti yang diperuntuk di bawah terma dan syarat kontrak pekerjaan, termasuk penggantungan atau pembuangan kerja," kata Mahmood lagi.

Puspakom turut menzahirkan penghargaan kepada JPJ atas operasi ini, dan menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai salah laku Puspakom di talian 1-800-88-2005 atau e-mel [email protected]`

Related

40
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Ops Gempur JPJ, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev