Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Puspakom Beri Kerjasama Penuh Ops Gempur JPJ, Tidak Akan Lindungi Salah Laku Kakitangan
Auto Terkini

Puspakom Beri Kerjasama Penuh Ops Gempur JPJ, Tidak Akan Lindungi Salah Laku Kakitangan

Han OthmanBy Han Othman31/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PUSPAKOM mengumumkan kesediaan memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan pemeriksaan mengejut di semua cawangan Puspakom seluruh negara sepanjang
semalam.

Agensi pemeriksaan kenderaan pertama negara itu menyatakan amat mengalu-alukan penguatkuasaan yang dijalankan JPJ ke atas cawangan-cawangan Puspakom dalam usaha memastikan operasi pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, langkah ini akan membantu usaha membudayakan amalan keselamatan jalan raya di Malaysia.

Kami percaya kerjasama antara Puspakom dan JPJ akan mengukuhkan usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara. Puspakom sentiasa komited dalam memastikan semua kenderaan yang diperiksa memenuhi syarat keselamatan ditetapkan.

“Pemeriksaan mengejut ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPJ untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang kenderaan di jalan raya. Kami menyokong penuh inisiatif ini untuk memastikan segala prosedur pemeriksaan dilakukan dengan telus dan mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa,”
kata Mahmood.

Puspakom juga mengesahkan dua kakitangan cawangan Wangsa Maju dipanggil untuk memberikan keterangan kepada Jabatan Penguatkuasaan JPJ hari ini (31 Disember 2024), manakala sebuah kenderaan diperiksa di cawangan sama disita JPJ kerana menggunakan pemandu warga asing tanpa lesen memandu
sah.

Puspakom menegaskan kakitangan terlibat tidak akan dilindungi daripada sebarang tindakan disiplin dalaman sekiranya terbukti ada salah laku.

Untuk memastikan integriti pemeriksaan Puspakom, syarikat tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit seperti yang diperuntuk di bawah terma dan syarat kontrak pekerjaan, termasuk penggantungan atau pembuangan kerja,” kata Mahmood lagi.

Puspakom turut menzahirkan penghargaan kepada JPJ atas operasi ini, dan menggalakkan orang ramai menyalurkan sebarang maklumat mengenai salah laku Puspakom di talian 1-800-88-2005 atau e-mel whistleblowing@drb-hicom.comx`

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Ops Gempur JPJ Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) PUSPAKOM
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Tempahan di Malaysia

16/04/2026
Auto Terkini

PMX: Malaysia Utamakan Bekalan Bahan Api Domestik Sebelum Eksport ke Australia

16/04/2026
Auto Terkini

Tokti Terlibat Kemalangan di Lebuhraya MEX, Alami Cedera Ringan

16/04/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Uji Keselamatan Bateri Secara Terbuka di Malaysia, Lulus Ujian Api Ekstrem

16/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Aveta Serra 125 2026
Roda2

Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

By Syafie13/04/2026
Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
Aksesori

MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

By Abang Hirata10/04/2026
Guru terlanggar pelajar SMK Tanjung Mas
Auto Terkini

Guru Direman Dua Hari Kes Rempuh Pelajar dalam Kawasan Sekolah

By Han Othman13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.