• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Kereta Mampu Milik, Jimat Bahan Api Jadi Tumpuan Pembeli Malaysia 2025

Kajian: Kereta Mampu Milik, Jimat Bahan Api Jadi Tumpuan Pembeli Malaysia 2025

December 30, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SYARIKAT perkhidmatan kewangan, Kenanga Investment Bank meramalkan jumlah jualan kenderaan (TIV) pasaran automotif Malaysia akan mencapai 805,000 unit pada 2025, sedikit peningkatan daripada anggaran 800,000 unit, tahun ini.

Peningkatan ini didorang beberapa faktor utama, antaranya permintaan tinggi ke atas kenderaan mampu milik seperti Perodua yang masih mempunyai baki pesanan lebih 90,000 unit, dan pelancaran model baharu selain peralihan kepada kenderaancekap bahan api seperti hibrid, elektrik (EV), dan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Selain itu, peningkatan bahagian pasaran jenama China turut menyumbang kepada prospek pasaran, terutama melalui pemindahan produk pemasangan tempatan (CKD) seperti Jaecoo dan Chery di Shah Alam, serta GWM dan BAIC di Melaka.

Segmen mampu milik, yang disasarkan kepada kumpulan B40 dan bawah M40, dijangka tidak terjejas disebabkan rasionalisasi subsidi bahan api, sebaliknya boleh mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif.

Kenanga juga menjangka penangguhan peraturan duti eksais baharu akan mengelakkan kenaikan mendadak harga model CKD sebanyak 8-20 peratus.

Kenaikan pendapatan își rumah, yang dipacu kenaikan gaji penjawat awam dan gaji minimum, juga dijangka menyokong permintaan terhadap kenderaan, dengan kadar pengangguran dijangka menurun kepada 3.2 peratus pada 2025.

Bagaimanapun, segmen premium mungkin mengalami penurunan permintaan kerana pelanggan berpendapatan tinggi mungkin menangguhkan pembelian kereta baharu atau beralih kepada model lebih kecil, hibrid, atau EV untuk mengurangkan bil bahan api selepas rasionalisasi subsidi bahan api.

Kenangan turut menjangka semakan pertengahan penggal Dasar Automotif Negara (NAP) akan menekankan penggunaan kenderaan hibrid sebagai elemen utama bagi mencapai sasaran penguasaan EV dan hibrid sebanyak 15 peratus daripada TIV menjelang 2030, dan 38 peratus menjelang 2040.

T9 BEV
T9 BEV

Pelancaran kenderaan elektrik bateri (BEV) baharu, yang menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan insentif lain, akan turut menyokong jualan kenderaan pada tahun mendatang.

Pendaftaran BEV menunjukkan peningkatan pesat, dengan hampir 16,000 unit didaftarkan sepanjang sembilan bulan pertama 2024, yang mewakili 3 peratus TIV.

Kerajaan dijangka terus memberi insentif untuk menggalakkan penggunaan EV dan mempercepat kelulusan stesen pengecasan, dengan sasaran 10,000 stesen pengecasan menjelang akhir 2025.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dasar Automotif Negara (NAP), Jumlah Jualan Kenderaan (TIV), Kenanga Investment Bank, Kenderaan Elektrik (EV), kereta jimat minyak, Kereta mampu milik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev