• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Jualan EV Global Dijangka Naik 30 Peratus pada 2025

Pakar: Jualan EV Global Dijangka Naik 30 Peratus pada 2025

December 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


JUALAN kenderaan elektrik (EV) peringkat global dijangka naik sekitar 30 peratus pada 2025, menurut pandangan penganalisis industri.

Pandangan itu disuarakan pasukan pakar tinjauan automotif S&P Global Mobility yang seakan tidak selari perkembangan beberapa pengeluar yang mengecilkan rancangan elektrifikasi masing-masing berikutan permintaan EV terlalu lemah.

Pasukan pakar itu meramalkan jualan kenderaan jenis bateri-elektrik (BEV) bakal mencecah 15.1 juta unit tahun depan, yang menjadikan perkongsian pasaran kategori itu kepada 16.7 peratus daripada jualan kenderaan global.

Jumlah jualan terkumpul BEV tahun ini belum didedahkan, tetapi dijangka sekitar 11.6 juta unit dengan 13.2 peratus perkongsian pasaran.

Peningkatan jualan dikatakan berbeza mengikut negara kerana dipengaruhi polisi Kerajaan, tarif dan insentif dan kemudahan infrastruktur pengecasan.

RAMALAN JUALAN EV 2025

Berdasarkan jadual di atas, EV di India dijangka mencatat kenaikan 7.5 peratus kenaikan daripada jumlah jualan keseluruhan 2025. Jangkaan itu menunjukan perubahan tahun ke tahun sebanyak 117 peratus!

Di Amerika Syarikat (AS), jualan EV dijangka naik 36 peratus kepada 11.2 peratus pegangan pasaran tetapi akan dipengaruhi dasar Rumah Putih di bawah Presiden Donald Trump.

China yang terkenal dengan produk EV dijangka menguasai pegangan pasaran sebanyak 29.7 peratus yang menyaksikan pertumbuhan 19.7 peratus berbanding 2024.

CHINA TERUS DOMINASI EV

EV diramal memintas jumlah jualan kenderaan konvensional (petrol dan diesel) di China bermula 2025 yang dibantu pelbagai model dan jenama baharu.

Strategi lambakan model dan perang harga di China juga akan menyebabkan banyak jenama lain semakin merudum atau meninggalkan pasaran negara itu.

Sebelum ini, pengeluar automotif dari Eropah, Jepun dan AS pernah mendominasi pasaran global tetapi kini semakin tertekan dengan trend pengguna kembali menyokong jenama tempatan.

Pada 2020, jenama asing menguasai 64 peratus jualan kenderaan baharu di China, tetapi menyusut kepada 37 peratus untuk 2024.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Tagged With: autoterkini, Kenderaan Elektrik (EV), roda2, Roda4, S&P Global Mobility

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my