• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Forza 250 2025 Diperkenal di Jepun dengan Panel Meter LCD TFT, Harga RM22.1k

Honda Forza 250 2025 Diperkenal di Jepun dengan Panel Meter LCD TFT, Harga RM22.1k

December 30, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEKARANG ini musim skuter Honda menerima panel meter LCD TFT baharu dan kini giliran Honda Forza 250 2025 untuk pasaran Jepun.

Diumumkan sekarang, Honda Forza 250 2025 bakal dijual secara rasmi pada 16 Januari 2025 selepas Honda memperkenalkan Forza 750, 350 dan 125 di Eropah beberapa bulan lalu.

Berikut spesifikasi Honda Forza 250 2025 versi Jepun:

  • Dijana enjin silinder tunggal MF17E 249cc OHC penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI).
  • Output kuasa 23ps (21hp) @ 7,750rpm dan tork 24Nm @ 6,250rpm.

  • Kotak simpanan bawah pelana 48 liter boleh memuatkan dua helmet dan lebih praktikal dengan lampu.
  • Kapasiti tangki petrol 11 liter.
honda-forza-250-2025-jepun-5
honda-forza-250-2025-jepun-7
honda-forza-250-2025-jepun-6
  • Panel meter warna penuh 5 inci memaparkan pelbagai maklumat dalam format mudah dibaca.
  • Turut dilengkapi sistem Honda RoadSync untuk menghubungkan sistem motosikal dengan telefon pintar dengan fungsi seperti arahan navigasi dan muzik menerusi suis hendal atau input suara menggunakan set kepala.
  • Tinggi pelana 780mm.
  • Jarak tinggi bumi 145mm.
  • Berat 186kg.
  • Rim 15 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan rim 14 inci dengan tayar 140/70 (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal 256mm dengan kaliper Nissin di depan dan brek cakera 240mm (belakang).
  • Tunggangan lebuh raya dibantu pengadang angin boleh laras elektrik 180mm.
  • Dilengkapi ciri keselamatan seperti seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Signal Henti Kecemasan (ESS) yang diaktifkan apabila modulator ABS mengesan situasi membrek mengejut.
  • Dilengkapi kawalan tork HSTC (Honda Selectable Torque Control) yang membantu penunggang mengoptimum daya kilas dan menghalang gelinciran roda belakang ketika memecut.
  • Sistem HSTC berfungsi melalui unit kawalan elektronik (ECU) yang mengawal jumlah suntikan bahan api apabila sensor halaju roda mengesan kadar gelinciran roda belakang melebihi tahap tertentu yang dipilih penunggang. Penunggang juga boleh memadamkan fungsi HSTC menerusi suis hendal kiri selain diaktifkan.

Honda Forza 250 2025 ditawarkan pada harga 781,000 yen (RM22,120) yang tidak jauh berbeza dengan Honda NSS250 pasaran tempatan pada harga RM25,888.

Ada dua warna pilihan disediakan untuk pelanggan Jepun, iaitu Pearl Jubilee White (putih)dan Pearl Shining Black (hitam) dengan Honda mensasarkan jualan 2,000 unit setahun.

honda-forza-250-2025-jepun-1
Honda Forza (Pearl Shining Black) 2025 Jepun 01
Honda Forza (Pearl Jubilee White) 2025 Jepun 01
Honda Forza (Pearl Jubilee White) 2025 Jepun 02
honda-forza-250-2025-jepun-2
honda-forza-250-2025-jepun-3
honda-forza-250-2025-jepun-4
honda-forza-250-2025-jepun-5
honda-forza-250-2025-jepun-6
honda-forza-250-2025-jepun-7
honda-forza-250-2025-jepun-12
honda-forza-250-2025-jepun-18
honda-forza-250-2025-jepun-11
honda-forza-250-2025-jepun-10
honda-forza-250-2025-jepun-9
honda-forza-250-2025-jepun-8
honda-forza-250-2025-jepun-13
honda-forza-250-2025-jepun-14
honda-forza-250-2025-jepun-17
honda-forza-250-2025-jepun-16
honda-forza-250-2025-jepun-15
honda-forza-250-2025-jepun-19
honda-forza-250-2025-jepun-20
honda-forza-250-2025-jepun-21
honda-forza-250-2025-jepun-22

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda Forza, Honda Forza 2025, Honda Forza 250 2025, skuter, Skuter 250cc, Skuter Suku Liter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini
    WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev