• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Hadapi Kekurangan 5,000 Pemandu Bas

Malaysia Hadapi Kekurangan 5,000 Pemandu Bas

December 27, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


INDUSTRI pengangkutan di Malaysia kini menghadapi kekurangan sekitar 5,000 pemandu bas yang menyebabkan syarikat bas ekspres dan persiaran kesulitan menyediakan dua pemandu untuk perjalanan jauh.

Masalah ini semakin kritikal, terutama untuk perjalanan melebihi 300km yang mana hanya seorang pemandu m ditugaskan untuk mengendalikan bas sepanjang perjalanan.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashar Ali menyatakan kekurangan pemandu bas ini berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, kos tinggi untuk mendapatkan lesen memandu kelas E dan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) sekitar antara RM4,000 hingga RM5,000.

Golongan B40 tidak mampu membiayai kos ini, manakala golongan M40 pula kurang berminat menjadi pemandu bas.

Selain itu, faktor lain menyebabkan kekurangan pemandu bas adalah ramai pemandu memilih bersara awal, manakala sebahagian lagi memilih bekerja di luar negara, terutama di Singapura atau beralih ke industri lain yang lebih menguntungkan.

Situasi ini menyebabkan industri pengangkutan kekurangan tenaga kerja mencukupi, khususnya di kawasan seperti Johor dan Melaka.

Mohammad Ashfar turut mengulas mengenai kesulitan dihadapi syarikat bas ekspres dan persiaran dalam memenuhi keperluan dua pemandu untuk perjalanan jauh.

Bagi mengatasi masalah ini, PMBOA mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pengangkutan untuk membenarkan pemandu kedua mengambil alih pemanduan di pertengahan perjalanan, seperti dibenarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini.

Selain itu, mereka juga menggesa Kementerian Sumber Manusia menimbangkan cadangan memberikan latihan kemahiran percuma kepada golongan B40 supaya dapat memperoleh lesen yang diperlukan untuk menyertai industri ini.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bas ekspres, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Sumber Manusia, pemandu bas, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev