• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Halaju Bangkok Dihadkan 60kmj untuk Kurangkan Kemalangan Jalan Raya

Halaju Bangkok Dihadkan 60kmj untuk Kurangkan Kemalangan Jalan Raya

December 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


BANGKOK mengurangkan halaju kenderaan kepada 60kmj di seluruh bandar raya itu sejak 24 Disember lalu dengan pengecualian diberi untuk 13 laluan khas.

Menurut laporan portal The Thaiger, Jurnal Kerajaan (The Royal Gazette) mengumumkan penetapan halaju baharu itu adalah sebagai pendekatan menyelamatkan nyawa pengguna jalan raya.

Halaju 60kmj itu juga sebahagian kempen mengurangkan kemalangan jalan raya anjuran Biro Polis Metropolitan yang mana sebelum ini dihadkan pada 80kmj.

SENARAI 13 JALAN PENGECUALIAN HALAJU BAHARU

  • Vibhavadi-Rangsit Road
  • Bangna Trat Road
  • Srinakarin Road
  • Phahonyothin Road
  • Ram Intra Road
  • Ratchaphruek Road
  • Boromratchonnanee Road
  • Kanlapaphruek Road
  • Romklao Road
  • Suwinthawong Road
  • Chaeng Watthana Road
  • Rama III Road
  • New Srinakarin Road-Romklao

Pengguna jalan raya juga dilarang membunyikan hon atau membuat sebarang bunyi bising di sekeliling kawasan diraja. Malah, dokumen pengumuman itu juga meminta pengguna mengurangkan kelajuan kepada 50kmj jika memandu di sekeliling kawasan berkenaan, termasuk di:

  • Ratchadamnoen Road
  • Na Phra That Road
  • Phrachan Road
  • Na Phra Lan Road
  • Sanam Chai Road
  • Kalayana Maitri Road
  • Tai Wang Road
  • Maharat Road
  • Rachini Road
  • Setthakan Road

Di bawah Seksyen 67 Akta Pengangkutan Darat, pemandu yang gagal mematuhi halaju di setiap jalan akan dikenakan denda antara 200 baht (RM26) dan 1,000 baht (RM130), tertakluk budi bicara pegawai trafik.

Punca utama kemalangan di Bangkok ialah memandu melebihi halaju, memandu mabuk dan menukar lorong melulu.

Timbalan Komisioner Polis Metropolitan, Thawat Wongsanga berkata, Bangkok adalah antara 14 bandar dunia yang belum melaksanakan halaju bawah 60kmj.

Dalam usaha menjalankan pemantauan halaju, pihak berkuasa akan menggunakan peranti 'pemerhati' seperti kamera di jalan raya.

SUMBER: TheThaiger

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, halaju bangkok, kelajuan pemanduan di bandar, roda2, Roda4, Thailand, Thawat Wongsanga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev