• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kapasiti Pengeluaran Honda di China Bertambah, GAC Honda Mula Operasi Kilang NEV Baharu di Guangdong

Kapasiti Pengeluaran Honda di China Bertambah, GAC Honda Mula Operasi Kilang NEV Baharu di Guangdong

December 25, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


DI SEBALIK hiruk-pikuk industri kenderaan elektrik (EV), termasuk persoalan mengenai tawaran daripada pengeluar legasi, sebaliknya Honda melakukannya secara bertahap dan terancang.

Honda terlebih dulu menawarkan si comel Honda e dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan General Motors (GM) untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) Prologue dan Acura ZDX.

Malah kedua-dua pengeluar mempunyai kilang Pembuatan Sistem Sel Bahan Api (FCSM) di Michigan, Amerika Syarikat yang mengeluarkan sel bahan api hidrogen. Seperti pengeluar Jepun lain, Honda turut menumpukan kepada bateri keadaan pepejal (solid state battery).

Di peringkat Asean pula, Honda mengeluarkan EV e:N1 di Thailand yang khabarnya akan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Di China yang menjadi pasaran kenderaan terbesar dunia, Honda sudahpun memulakan operasi di kilang baharu.

Honda Motor (China) Investment Co Ltd, iaitu subsidiari milik penuh Honda di China memaklumkan GAC Honda Automobile Co Ltd (GAC Honda), menjalin usahasama pengeluaran dan jualan kenderaan Honda di China dan sudah memulakan operasi di kilang baharu untuk pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV).

Kilang Wilayah Pembangunan NEV itu terletak di Daerah Ekonomi dan Pembangunan Teknologi Guangzhou dalam bandar raya Guanzhou di Wilayah Guangdong.

Kilang pengeluaran NEV dilengkapi peralatan terkini untuk sistem pengeluaran bercekapan tinggi, pintar dan rendah karbon. Proses tera (stamping) dan kimpalan tidak memerlukan pekerja logistik, sebaliknya kaedah automasi.

Malah, pemeriksaan kekuatan kimpalan berasaskan kecerdasan buatan (AI) digunakan buat kali pertama di kilang Honda. Untuk pemasangan pula, kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan proses diautomasi bagi mendapatkan barisan pengeluaran bercekapan tinggi.

Sebagai tanggungjawab terhadap alam sekitar, kilang ini juga dipasang sistem solar yang menjana 22MW dengan emisi karbon dioksida tahunan dapat dikurangkan kira-kira 13,000 tan melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

GAC Honda juga akan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar melalui penggunaan cat VOC (Kompaun Organik Volatil) rendah dan pemasangan peralatan yang dapat merawat 100 peratus bahan toksik yang terkandung dalam sisa air buangan kilang.

Bagi meminimumkan kesan pencemaran udara, GAC mensasarkan mengurangkan pelepasan VOC lebih 70 peratus daripada had piawaian ditetapkan pemerintah Guangdong.

Bagi pasaran China, Honda merancang memperkenalkan 10 EV jenama Honda menjelang 2027 termasuk e:N Series yang dilancarkan pada 2022 dan Ye Series baharu yang dirancang dilancarkan pada tahun fiskal berakhir 31 Mac 2025.

Menjelang 2035, Honda mensasarkan menjual 100 peratus EV di China.

Maklumat GAC Honda Automobile Co Ltd

  • Tahun penubuhan: Julai 1998.
  • Pelaburan modal: AS$541 juta (RM2.42 bilion).
  • Nisbah pelaburan: 40 peratus Honda Motor Co Ltd, 10 peratus Honda Motor (China) Investment Co., Ltd., 50 peratus Guangzhou Automobile Group Co Ltd (GAC Group).
  • Lokasi: Bandar Guangzhou, Wilayah Guangdong, China.
  • Jumlah pekerja: Sekitar 9,500 orang (Disember 2024).
  • Kapasiti pengeluaran: Kilang HuangPu (No.1) sekitar 240,000 unit, Kilang ZengCheng (No.2) sekitar 240,000 unit, Kilang ZengCheng (No.3) sekitar 240,000 unit.

Maklumat Kilang Wilayah Pembangunan NEV GAC Honda

  • Lokasi: Bandar Guangzhou, Wilayah Guangdong, China.
  • Model pengeluaran: e:NP2, Siri Ye.
  • Jumlah pekerja: Sekitar 700 orang (Disember 2024).
  • Jumlah pelaburan: Kira-kira 3.49 bilion yuan (RM2.14 bilion).
  • Kapasiti pengeluaran: Sekitar 120,000/setahun.
Kilang Wilayah Pembangunan NEV GAC Honda
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.01
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.02
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.03
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.04
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.05
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.06
AGV (Automatic Guided Vehicle)
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.07
GAC Honda New Energy Vehicle (NEV) Production Factory 2024.08
Siri Honda Ye (Ye S7, Ye P7, Ye GT CONCEPT)
Honda Ye S7, Ye GT CONCEPT, Ye P7
Honda Ye S7, Ye P7
Honda Ye S7 01
Honda Ye S7 02
Honda Ye S7 03
Honda Ye P7 01
Honda Ye P7 02
Honda Ye P7 03
Honda Ye GT CONCEPT.01
Honda Ye GT CONCEPT.02
Honda Ye GT CONCEPT.03
Honda Ye GT CONCEPT.04
Honda Ye GT CONCEPT.06
Honda Ye GT CONCEPT.05
Honda Ye GT CONCEPT.07

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GAC-Honda, Honda, Honda China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev