• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekabentuk Terbaik JCOTY 2024/2025

Mitsubishi Triton Menang Anugerah Rekabentuk Terbaik JCOTY 2024/2025

December 25, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Triton 2025 serba baharu dilancar di Malaysia pada Oktober 2024 pada harga bermula RM101,000. Trak pikap itu tampil dengan rekabentuk serba baharu dan bukan lanjutan daripada model terdahulu dengan rupa depan tampil perkasa serta turut mendapat pengiktirafan.

Mitsubishi Triton memenangi kategori Rekabentuk Terbaik (Design Car of the Year) dalam anugerah Kereta Terbaik Jepun 2024-2025 (Japan Car of the Year, JCOTY).

Ini kemenangan rekabentuk kedua selepas Triton memenangi Anugerah Rekabentuk iF bersama Xforce, Mac lalu. Satu lagi yang manis, Triton mengulangi anugerah sama tahun lalu yang dimenangi Delica Mini yang kali kedua buat Mitsubishi.

Anugerah rekabentuk itu diberikan kepada produk automobil dengan rekabentuk luar cemerlang. Pemenang utama, iaitu anugerah Kereta Terbaik dijulang Honda Freed.

Jawatankuasa penganjur memuji Mitsubishi Motors kerana memberikan Triton rekabentuk rugged yang mengilhamkan dan menggalakkan pelanggan meneroka gaya hidup baharu.

Mitsubishi Triton juga diiktiraf kerana mengetengahkan rekabentuk terbuka (robust) yang seiring atau harmoni dengan rekaan depan Dynamic Shield berserta perkadaran seimbang di sebalik gaya sebuah trak pikap dwi-kabin (double cab).

Mitsubishi Triton direka berasaskan konsep rekabentuk Beast Mode yang membawa elemen kelasakan dan kuasa bagi sebuah trak pikap.

Bahagian dalaman juga menarik dengan konsep Horizontal Axis yang ditonjolkan melalui tema rekaan melintang supaya pemandu mudah mengesan perubahan kedudukan kenderaan ketika memandu.

Sesuai kegunaan, pad lembut diletakkan pada bahagian utama bagi melindungi penumpang, manakala bentuk geometrik dan elemen kilatan menyerlahkan ciri moden.

Suis kawalan direka supaya mudah diihat dan digunakan walaupun menggunakan sarung tangan. Stereng, pemegang dan hendal pintu dibuat mengikut pendekatan Mitsubishi Touch yang menumpukan aspek keselesaan genggaman dan ketahanan.

Sejarah Mitsubishi Triton boleh dijejaki daripada pikap Forte (foto atas) yang dikeluarkan pada 1978, dengan 5.7 juta unit dikeluarkan merentasi lima generasi dan dijual di kira-kira 150 negara serata dunia.

Bagi pasaran Malaysia, Triton ditawarkan dalam lima varian, iaitu Athlete (RM165,980), AT Premium (RM145,980), AT GL (RM116,980), MT (RM114,980) dan Single Cab (RM101,980).

Trak pikap ini dijana enjin diesel baharu (foto atas) 4N16 4-silinder 16-injap 2.4L DOHC Intercooled Turbocharged dengan output kuasa 201hp @ 3,400rpm, dan tork 470Nm @ 1,500-2,750rpm untuk Athlete.

Varian lain memiliki 181hp @ 3,400rpm, dan tork 430Nm @ 2,250-2,500rpm, manakala transmisi dibahagi kepada dua iaitu automatik 6-kelajuan dengan mod Sport atau manual 6-kelajuan.

Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.01
Honda Freed - JCOTY 2024-2025
JCOTY 2024-2025
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.03
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.04
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.05
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.06
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.07
Mitsubishi Triton - JCOTY 2024-2025.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Trak dan Lori Tagged With: Auto Terkini, Japan Car of the Year (JCOTY)), JCOTY, Mitsubishi, Mitsubishi Triton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev