PERDANA Menteri Britain, Sir Keir Starmer menyatakan peruntukan sebanyak £1.6 bilion (RM9 bilion) untuk menangani masalah jalan berlubang di seluruh Britain.
Beliau dilaporkan berkata, jalan rosak 'boleh mendatangkan risiko kepada nyawa dan menyebabkan keluarga menanggung kos ratus hingga ribuan pound untuk kerja-kerja membaiki.'
Beliau berkata:
Itu adalah kos (risiko nyawa dan keluarga tanggung kos) yang boleh dielakkan secara mudah dengan membuat pelaburan sewajarnya terhadap jalan raya (negara) kita.
"Melalui Rancangan untuk Ubah (Plan for Change), kami nekad melabur lebih banyak wang ke dalam poket rakyat kita yang bekerja keras dan menambah baik stadard kehidupan.
"Sebab itu kami memberi dana kepada majlis (PBT) untuk baik pulih jalan kita... dengan harapan mereka lakukan tugas tersebut."
Jabatan Pengangkutan (DfT) mengumumkan peruntukan kepada setiap pihak berkuasa tempatan di England untuk penyelenggaraan jalan sepanjang tahun kewangan 2025.
AGIHAN PERUNTUKAN
- Lebih £378 juta (RM2.13 bilion) kepada PBT di bahagian Tenggara, Barat Daya dan London
- Lebih £372 juta (RM2.09 bilion) untuk East dan West Midlands
- £327 juta (RM1.84 bilion) untuk Timur Laut, Barat Laut, Yorkshire dan Humber
- Lebih £244 juta (RM1.37 bilion) untuk Timur England
Pada Oktober lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan pembiayaan untuk penyelenggaraan jalan tempatan untuk tahun 2025-2026 dijangka hampir £1.6 bilion, naik £500 juta (RM2.8 bilion) berbanding tempoh 12 bulan sebelumnya.
Peningkatan jumlah peruntukan itu diyakini cukup untuk menampung perbelanjaan membaik pulih lebih 7 juta lubang di jalan raya.
Jabatan Pengangkutan menyatakan pihaknya akan memastikan penerima dana 'berbelanja wang tersebut secara berhemah' dan akan mengumpul data tepat dan penyelenggaraan proaktif sebelum lubang jalan terbentuk.
Setiausaha Pengangkutan, Heidi Alexander yakin pelaburan itu akan membawa hasil kepada pengguna yang akan sedar penambahbaikan keadaan jalan.
Beliau menyatakan PBT akan tentukan sendiri cara wang itu dibelanjakan sama ada menampal jalan, membuat lapisan jalan baru, menambah baik permukaan atau baik pulih jambatan. Pun begitu, pihaknya tetap akan meminta PBT melaporkan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
SUMBER: Telegraph
Leave a Reply