• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan, Honda dan Mitsubishi Bakal Meterai MoU Tubuh Syarikat Pegangan Bersama

Nissan, Honda dan Mitsubishi Bakal Meterai MoU Tubuh Syarikat Pegangan Bersama

December 24, 2024 By Syafie Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Motor Co Ltd (Nissan), Honda Motor Co Ltd (Honda), dan Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka kemungkinan integrasi perniagaan melalui penubuhan syarikat pegangan bersama.

Langkah itu bertujuan mencipta sinergi dalam bidang teknologi automotif, terutama dalam kenderaan elektrik (EV). Ketiga-tiga pengeluar tersebut akan meneruskan perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama lebih mendalam, dengan Mitsubishi Motors dijangka membuat keputusan mengenai penyertaan dalam integrasi berkenaan menjelang Januari 2025.

Perbincangan antara Nissan dan Honda sudah bermula sejak Ogos 2023, dan kini Mitsubishi turut terlibat dalam kerangka perbincangan itu.

Fokus utama kerjasama adalah memperkukuh sinergi strategik dałam pengeluaran kenderaan dan penyelidikan teknologi, terutama menghadapi cabaran transformasi industri automotif yang semakin beralih ke arah penyelesaian lebih mampan dan efisien.

Menurut kenyataan bersama, pengarah utama ketiga-tiga pengeluar menyatakan integrasi itu akan membolehkan setiap jenama menghasilkan nilai lebih tinggi kepada pelanggan selain membuka peluang baru dalam bidang mobiliti. Penglibatan Mitsubishi dalam perbincangan berkenaan juga diharapkan dapat mempercepat sinergi antara ketiga-tiga syarikat.

Pengarah Eksekutif Nissan, Makoto Uchida menjelaskan, kerjasama antara Nissan dan Honda membuka jalan untuk penciptaan nilai lebih besar, manakala penglibatan Mitsubishi Motors adalah langkah penting dalam mencapai sinergi lebih luas.

Presiden Honda, Toshihiro Mibe menekankan integrasi dalam era perubahan besar industri automotif dapat membawa kepada penciptaan nilai baharu yang akan memberi impak sosial lebih besar.

Presiden Mitsubishi Motors, Takao Kato turut menyokong inisiatif tersebut dengan mengatakan kerjasama ketiga-tiga syarikat akan mempercepat sinergi dan memberikan manfaat lebih besar.

Setiap syarikat akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk mencapai hasil terbaik dalam pasaran global yang semakin kompetitif, dengan fokus kepada mobiliti elektrik dan teknologi hijau.

SUMBER: BeritaHarian

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Motor Co Ltd (Honda), Kenderaan Elektrik (EV), memorandum persefahaman (MoU), Mitsubishi Motors Corporation (Mitsubishi Motors), Nissan Motor Co Ltd (Nissan)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev