• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sedan Prestasi Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 dengan Enjin Boxer 2.4L Turbo

Sedan Prestasi Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 dengan Enjin Boxer 2.4L Turbo

December 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


TIDAK kurang peminat yang masih merindukan sedan prestasi berlatarbelakangkan dunia rali suatu masa dulu yang mana impian dan minat itu masih boleh digapai melalui Subaru WRX yang masih mengekalkan imej bonet ditebuk dan spoiler tinggi.

Terbaharu, Subaru menawarkan varian baharu untuk pengguna Jepun, iaitu Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 yang dibina berasaskan WRX STI Sport R EX yang dikemas kini untuk 2025.

Rim Subaru STI Sport R EX (foto atas) ditukar kepada hitam, manakala bahagian dalaman dalam balutan kulit asli Bordeaux dan tona hitam diseragamkan dengan konsol tengah. Subaru turut menambah warna baharu Galaxy Purple Pearl (ungu).

Dari segi teknologi pemanduan, Sistem Pemantau Pemandu dan Sistem Respon Pemandu Tidak Normal (ADRS) kini dipertingkat.

Ciri ADRS kini diaktifkan bukan saja ketika stereng tidak dioperasi dalam tempoh lama, tetapi juga ketika pemandu hilang tumpuan atau terlelap.

Pembrekan berkala yang memperingat pemandu dengan brek berselang-seli dan memperlahankan kereta ditambah dan pemasaan lampu kecemasan diaktifkkan ditukar kepada serentak dengan permulaan nyah pecut.

Sistem Bantuan Pemand Termaju (ADAS) EyeSight seperti Kawalan Kekal Lorong  (LKS) dan Kawalan Stereng Adaptif (ASC) Mengikut Kenderaan Depan turut dipertingkat.

Apabila memandu di tengah lorong di laluan lurus, stereng rasa lebih ringan untuk intervensi dan lebih berat apabila memandu di lengkung tajam atau berhampiran garisan putih bagi tujuan keselamatan.

Ciri Istimewa Varian WRX STI Sport R-Black Limited 2025

  • Cermin sisi, antena hitam.
  • Pilihan spoiler tinggi.
  • Kerusi pemandu elektrik 8-tetapan.
  • Trim papan pemuka ala sued dan sulaman benang merah.
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.09
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.10
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.04
  • Kerusi depan Recaro dengan logo STI, dan balutan Ultrasuede hitam berserta sulaman benang merah.
  • Konsol tengah, perehat tangan dan beberapa lagi dalam kemasan kulit hitam dan sulaman benang merah.

Ketiga-tiga WRX, termasuk GT-H EX dijana enjin boxer 2.4L turbo dan transmisi automatik CVT Subaru Performance Transmission (SPT) yang menghasilkan output kuasa 273hp @ 5,600rpm dan tork 375Nm @ 2,000-4,800 rpm.

Harga:

  • WRX GT-H EX - 4,477,000 yen (RM128,290).
  • WRX STI Sport R EX - 5,027,000 yen (RM144,030).
  • WRX STI Sport R-Black Limited - 5,302,000 yen (RM151,910).
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.01
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.02
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.03
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.04
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.05
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.06
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.07
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.08
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.09
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.10
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.11
Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025 Jepun.12
Subaru WRX STI Sport R EX 2025
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.01
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.02
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.03
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.04
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.05
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.06
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.07
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.08
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.09
Subaru WRX STI Sport R EX 2025 Jepun.10

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda5, Sedan Prestasi, Subaru, Subaru WRX, Subaru WRX STI, Subaru WRX STI Sport R EX, Subaru WRX STI Sport R-Black Limited, Subaru WRX STI Sport R-Black Limited 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev