• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Laluan LRT Ampang-Sri Petaling Sedia Koc Wanita Mula 31 Disember Ini

Laluan LRT Ampang-Sri Petaling Sedia Koc Wanita Mula 31 Disember Ini

December 23, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


RAPID Rail Sdn Bhd melaksanakan inisiatif koc wanita di laluan LRT Ampang-Sri Petaling bermula 31 Disember ini, sekali gus menjadi laluan ketiga menyediakan kemudahan tersebut selepas Laluan Kajang (18 September 2023) dan Laluan Putrajaya (8 April 2024).

Inisiatif ini bertujuan memberikan pengalaman perjalanan lebih selesa dan selamat kepada penumpang wanita, yang mewakili kira-kira 60 peratus pengguna perkhidmatan rel Rapid KL.

Sejak pengenalan koc wanita di Laluan Kajang, insiden gangguan terhadap wanita menurun 22 peratus, manakala di Laluan Putarajaya, penurunan lebih ketara sebanyak 50 peratus.

Di Laluan Ampang/Sri Petaling, 36 stesen dan 45 tren LRT akan dilengkapi dengan pelekat merah jambu untuk memudahkan pengenalan koc wanita yang akan ditempatkan di bahagian tengah setiap tren (koc tiga dan empat).

Koc wanita terbuka kepada wanita dari semua peringkat umur dan kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun yang ditemani penjaga wanita. Komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) dan penjaga juga diberi keutamaan untuk menggunakan mana-mana gerabak tren.

Rapid Rail akan menjalankan pemantauan berkala oleh polis bantuan untuk memastikan etika penggunaan dipatuhi. Pengguna LRT diharap memberi ruang kepada wanita untuk menggunakan kemudahan ini terlebih dahulu.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, koc wanita, Laluan LRT Ampang-Sri Petaling, Rapid KL, RAPID Rail Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev