• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 2.55 Juta Kenderaan Sehari di Lebuh Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Krismas

2.55 Juta Kenderaan Sehari di Lebuh Raya Seluruh Negara Sempena Cuti Krismas

December 23, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEMBAGA Lebuhraya Malaysia (LLM) menyatakan 2.55 juta kenderaan dijangka berada di lebuh raya utama di seluruh negara menjelang cuti perayaan Krismas, Rabu ini.

Jumlah kenderaan tersebut boleh dijangka memandangkan cuti Krismas dipermudahkan dengan pemberian tol percuma selama dua hari (23-24 Disember) dan berlangsung serentak cuti persekolahan dan cuti hujung tahun.

Berikut statistik anggaran kenderaan mengikut lebuh raya:

  • Kumpulan PLUS: 2.12 juta kenderaan
  • Lebuhraya KL-Karak: lebih 188,000 kenderaan
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1): lebih 87,000 kenderaan
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2): 39,000 kenderaan
  • Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE): 115,000 kenderaan

LLM KELUAR ARAHAN

LLM mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya membuat persediaan supaya perjalanan pengguna lebuh raya lancar dan selamat sepanjang tempoh tersebut.

Ini termasuk tiada penutupan lorong lebuh raya kecuali kes dan kerja kecemasan bermula 20 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025.

  • Aktifkan laluan Smart Lane di lokasi-lokasi yang dikenal pasti di Lebuhraya PLUS.
  • Pengoperasian lebuh raya perlu dalam keadaan baik
  • Semua kemudahan dapat berfungsi sepanjang tempoh tersebut, khususnya di kawasan Rehat & Rawat (RnR) dan Hentian Sebelah.
  • Sistem kutipan tol berfungsi baik untuk elak berlaku kesesakan di plaza tol.
  • Tambah lorong tol sementara di beberapa plaza tol yang dikenal pasti ada trafik tinggi.
  • Sediakan kemudahan tambahan untuk parkir kereta dan tandas mudah alih di R&R Lebuhraya PLUS, Lebuhraya KL-Karak dan LPT1.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Tol percuma Krismas 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
    #MotoGP2025: Marquez Hampiri Gelaran Juara Dunia, Raih Juara GP San Marino
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat Istimewa Siri 'GM' Sempena Hari Malaysia!

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev