• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MAS Perkenal Pesawat Airbus A330neo Baharu, Debut KL-Australia Malam Ini

MAS Perkenal Pesawat Airbus A330neo Baharu, Debut KL-Australia Malam Ini

December 19, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Aviation Group (MAG) secara rasmi melancarkan pesawat Airbus A330neo dengan nombor pendaftaran 9M-MNG yang bakal memulakan penerbangan sulung, malam ini dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia melalui penerbangan MH149.

Pengarah Urusan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail berkata, pengenalan pesawat ini menandakan langkah transformasi signifikan bagi kumpulan tersebut.

Komitmen ini menunjukkan dedikasi kami meletakkan penumpang sebagai keutamaan dalam segala yang kami lakukan, dengan tujuan memberikan perjalanan luar biasa dan mencerminkan kehangatan dan layanan mesra Malaysia."

Berikut perincian Airbus A330neo:

  • Dikuasakan enjin Rolls-Royce Trent 7000
  • Mempunyai 297 kerusi (28 Kelas Perniagaan, 269 di Kelas Ekonomi

Sebelum ini, MAG menandatangi memorandum persefahaman (MoU) dengan Airbus dan Avolon pada 2022 untuk memesan 20 unit A330neo, yang dijangka diserahkan antara 2024 dan 2028.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pesawat A330neo ialah simbol ketabahan, tekad, dan keyakinan kukuh terhadap kemajuan negara.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan mahu melihat Malaysia Airlines sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dan pelancong antarabangsa. Beliau menyatakan MAG memainkan peranan penting dalam menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab penerbangan global.

Malaysia kini menjadi pembekal komponen terbesar kepada Airbus di Asean, misalnya komponen seperti perumah kipas enjin, avionik, dan komponen sayap logam.

Setakat ini, MAG mengendalikan 107 pesawat melalui subsidiari seperti:

  • Malaysia Airlines
  • Firefly
  • MASwings
  • MASkargo

Kumpulan ini turut merancang meluaskan barisan flit kepada 62 pesawat langsing (narrowbody) dan 52 pesawat lebar (widebody) menjelang 2033.

SUMBER: NST

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbus A330neo, Auto Terkini, Datuk Kapten Inham Ismail, Kementerian Pengangkutan (MOT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Malaysia Airlines (MAS), Malaysia Aviation Group (MAG), MH149

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my