• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Genesis Uji Teknologi Cairkan Salji Sepantas 5 Minit Tanpa Wayar Tungsten Biasa

Genesis Uji Teknologi Cairkan Salji Sepantas 5 Minit Tanpa Wayar Tungsten Biasa

December 18, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


GENESIS ketika ini sedang menguji teknologi pemanasan cermin depan iaitu sistem Kaca Disadur Logam Panas 48V (Metal-Coated Heated Glass, MCHG) pertama dunia yang dibangunkan Hyundai Motor Group (HMG).

Direka untuk menjadikan pemanduan musim sejuk lebih selamat dan mudah, teknologi ini dapat menghilangkan 100 peratus salji beku daripada permukaan cermin depan dalam tempoh lima minit.

Tempoh itu tiga kali lebih cepat berbanding sistem konvensional dalam kondisi di bawah paras beku. Kunci utama kepada keupayaan tersebut terletak pada penggunaan sistem 48V khusus yang pertama di dunia yang dibangunkan bagi memperkuasa fungsi nyah fros dan nyah kabus.

Dengan menukarkan tenaga daripada sistem elektrik 800V kereta elektrik (EV), teknologi ini mengalirkan arus melalui 20 lapisan pada cermin depan dan meningkatkan suhu kaca secara konsisten, sekali gus menghilangkan salji.

Teknologi ini direka untuk meningkatkan sistem pengurusan tenaga terma bagi kereta EV yang mengawal suhu komponen penting seperti bateri dan motor.

Sistem MCHG hanya menggunakan sekitar 10 peratus kuasa lebih rendah berikutan tempoh salji mencair adalah lebih cepat berbanding penyaman udara (HVAC) konvensional.

Lapisan logam itu juga mempunyai fungsi pantulan matahari prestasi tinggi yang berupaya menyekat sekurang-kurangnya 60 peratus tenaga matahari dan mengurangkan suhu dalam kereta sebanyak 2ºC hingga 3ºC pada musim panas.

Bukan saja lebih cekap pada musim sejuk dan panas, sistem ini turut membantu menambah jarak pemanduan.

Sistem MCHG sudah diuji pada model EV Genesis GV70 dan GV60 pada suhu bawah 18ºC serta mampu membersihkan cermin depan sepenuhnya dalam tempoh lima minit. Sebagai perbandingan, dalam kondisi sama sistem 13.5V konvensional mengambil masa lebih 15 minit.

Sistem ini turut membantu teknologi kereta autonomi yang bergantung kepada cermin depan bersih dan jelas untuk berfungsi secara berkesan.

Cermin depan kereta hari ini mempunyai pelbagai sensor bagi mencerap data penting yang mana salji beku atau kelembapan boleh menjejaskan keupayaan mengumpul maklumat penting dan memberikan kesan kepada sistem dan prestasi pemanduan autonomi.

Seperkara menarik, penggunaan MCHG bermakna strip wayar pemanas tungsten tradisional pada cermin depan tidak lagi diperlukan, sekali gus memberi visual pandangan lebih baik buat pemandu.

Sistem HVAC cermin depan juga tidak diperlukan yang membolehkan penggunaan teknologi paparan dongak (HUD) dan sistem navigasi realiti terimbuh (AR) lebih canggih.

Teknologi ini belum lagi disahkan untuk digunakan pada model Genesis, tetapi HMG sudah menfailkan paten di pasaran utama dunia supaya boleh digunakan pada masa depan.

Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.05
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.03
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.06
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.04
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.11
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.07
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.08
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.09
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.10
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.02
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.01
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.12
Genesis Metal-Coated Heated Glass 2024.13

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Genesis, Genesis Metal-Coated Heated Glass, Hyundai Motor Group, Kaca Disadur Logam Panas (MCHG), Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev