• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sebab Ramah dalam Pesawat, Lelaki Nyaris Dituduh Seludup Barang Terlarang

Sebab Ramah dalam Pesawat, Lelaki Nyaris Dituduh Seludup Barang Terlarang

December 18, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki hampir terlibat dalam kes jenayah kerana terlalu mesra dengan seorang wanita tidak dikenali dalam pesawat penerbangan.

Dalam hantaran Facebook Abudi Alsagoff, dia berkongsi pengalaman mengenai seorang wanita pertengahan umur yang meminta bantuan mengangkat bagasi dan tanpa disedari boleh membawa masalah lebih besar.

Pada mula, Abudi berbual mesra sepanjang perjalanan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), tetapi ketika pesawat hampir mendarat, wanita tersebut tiba-tiba mengadu sakit perut dan meminta Abudi menemaninya membawa barangan peribadi.

Malah, dia turut menggenggam kuat tangan Abudi hingga menyebabkan penumpang lain menganggap mereka berdua ada hubungan.

Sejurus seorang penumpang lelaki memberikan amaran kepada Abudi supaya tidak terlalu rapat dengan wanita berkenaan dan memberitahu kru kabin mereka tiada kaitan.

Abudi kemudian memutuskan mendengar nasihat lelaki itu dan meninggalkan wanita tersebut yang sedang menunggu kerusi roda miliknya.

Selang beberapa minit, keadaan kecoh apabila pihak berkuasa mendapati wanita itu membawa barangan terlarang dan cuba melibatkan Abudi dalam hal tersebut.

Abudi bernasib baik kerana penumpang lelaki tadi tampil membantu menjelaskan situasi sebenar kepada polis. Selepas pemeriksaan dibuat, Abudi akhirnya dibebaskan tanpa sebarang kaitan dengan barang dibawa wanita itu.

Perkongsian Abudi itu mendapat 25,000 perkongsian dan 20,000 tanda suka.

* Gambar sekadar hiasan

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abudi Alsagoff, Auto Terkini, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kapal Terbang, Nyaris Kambing Hitam, Penerbangan Dubai, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev