• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Rekabentuk EV Tiada 'Hidung'?

#TahukahAnda: Kenapa Rekabentuk EV Tiada 'Hidung'?

December 18, 2024 By Han Othman Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KETIKA pelancaran model kenderaan elektrik (EV) nasional pertama, Proton e-MAS 7 2025, baru-baru ini, ada satu komen netizen bertanya, kenapa rekabentuk EV jenis tiada 'hidung' (lihat tangkap layar foto bawah)?

Tiada 'hidung' itu dimaksudkan sebagai rekabentuk tanpa gril yang biasanya ada pada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE). Sebaliknya rata-rata model EV hari ini direka tanpa gril dengan rekabentuk bampar licin dan serba slik. Kalau ada gril pun, lebih kepada acah atau fake saja tanpa fungsi jelas, sekadar estetika semata.

Berbalik kepada soalan seorang netizen itu;

Kenapa rekabentuk EV jenis tiada 'hidung'?

Begini...

Rekabentuk EV tidak lagi memerlukan gril kerana perubahan keperluan teknikal dan estetika moden. Antara sebabnya;

Contoh sistem penyejukan cecair dalam EV.

Pertama, sistem penyejukan EV tidak lagi seperti enjin kereta ICE (petrol/diesel). Ini kerana kereta ICE memerlukan gril untuk menyalurkan udara luasr ke radiator bagi menyejukkan enjin.

Sebaliknya, EV menggunakan motor elektrik yang menghasilkan lebih sedikit haba, manakala komponen seperti bateri dan inverter disejukkan melalui sistem lain, seperti penyejukan cecair tertutup. Jadi gril besar sudah tidak lagi relevan.

Kedua, untuk memberikan aerodinamik lebih baik. Ini kerana tanpa gril, rekabentuk bahagian depan EV boleh direka lebih licin untuk mengurangkan seretan angin (drag coefficient), sekali gus membantu meningkatkan kecekapan tenaga dan jarak perjalanan bateri.

Ketiga, untuk estetika moden dan identiti EV. Ini kerana rekabentuk tanpa gril mampu menyerlahkan penampilan EV yang tampak bersih dan futuristik, sekali gus memberikan imej kenderaan emisi sifar.

Misalnya, Tesla, Hyundai IONIQ 5, dan Kia EV6, termasuk Proton e.MAS 7 menggunakan rupa depan minimalis untuk mencerminkan teknologi moden.

Rekabentuk khas EV juga membantu pengguna dan pihak berkuasa membezakan mana satu kereta EV dan kereta konvensional. Dalam fasa kemasukan lambakan model EV di pasaran yang perlu berkongsi jalan raya sama dengan pemandu kereta ICE, rekabentuk unik EV sedikit sebanyak membantu aspek keselamatan kerana memudahkan pengecaman.

Keempat, untuk pengiktirafan jenama. Banyak pengeluar cuba mencipta identiti unik untuk EV masing-masing. Tanpa gril tradisional, pasukan pereka dapat menumpukan kepada ciri lain seperti lampu depan atau corak permukaan.

Sesetengah EV seperti BMW iX masih menggunakan 'gril' tetapi sekadar sebagai elemen hiasan, bukan fungsi.

Kesimpulannya, rekabentuk tanpa gril adalah evolusi logik untuk menyesuaikan keperluan teknikal EV dan memberikan rupa yang lebih inovatif dan berkesan.

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, EV Tiada 'Hidung'?, Kenderaan Elektrik (EV), Proton e.MAS 7, Proton e.MAS 7 2025, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my