• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda, Nissan Bergabung Bawah Satu Bumbung?

Honda, Nissan Bergabung Bawah Satu Bumbung?

December 18, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

DUA gergasi automotif Jepun, Honda dan Nissan dilaporkan sedang berbincang menubuhkan satu syarikat pemegangan (holding company).

Langkah itu membolehkan kedua-dua jenama tersebut berkongsi lebih banyak sumber ketika saingan dalam landskap global automotif semakin sengit, terutama dengan kehadiran lebih banyak pengeluar dari China.

hondacorplogo2
logo-nissan-baru

Maklumat penggabungan Nissan-Honda itu dikongsi sumber dalaman yang mengetahui rancangan tersebut kepada agensi berita Reuters.

Perbincangan gabungan dua jenama itu awalnya dilaporkan akhbar Nikkei yang bakal menyaksikan dua pengeluar automotif tersebut bekerjasama lebih erat mengenai kemajuan teknologi.

Sumber turut mendedahkan perbincangan berkenaan lebih ke arah mendirikan syarikat pemegangan induk yang akan menyaksikan Honda dan Nissan diletakkan dibawah satu entiti. Namun, masih tidak jelas sama ada syarikat pemegangan itu bertujuan melakukan penyatuan penuh dua  pengeluar automotif berkenaan.

CABARAN PERALIHAN TREND

Nissan dan Honda dikatakan berdepan cabaran trend peralihan automotif ke arah kenderaan elektrik (EV) selain persaingan sengit hingga menyebabkan permintaan produk dua jenama itu sukar berkembang, terutama di Eropah dan Amerika Syarikat.

Honda dan Nissan semalam juga ada mengeluarkan kenyataan menyatakan dua pengeluar itu tiada membuat sebarang pengumuman mengenai langkah penggabungan. Apa dinyatakan adalah:

Seperti diumumkan Mac tahun ini, Honda dan Nissan sedang meneroka pelbagai kemungkinan untuk kerjasama masa depan, menggunakan kekuatan masing-masing."

Sementara itu, pengeluar dari Perancis, Renault yang juga pemegang saham utama Nissan mendakwa tiada maklumat dan enggan memberi sebarang komen.

SUMBER: Reuters

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Honda Japan, Nissan Japan, penggabungan Honda Nissan, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev