• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / HORSE Hasilkan Transmisi Hibrid DB49 Tanpa Klac untuk EV, Hibrid dan ICE

HORSE Hasilkan Transmisi Hibrid DB49 Tanpa Klac untuk EV, Hibrid dan ICE

December 18, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SEPERTI dipaparkan dalam artikel sebelum ini, Renault Group dan Geely sudah bekerjasama menubuhkan syarikat yang diberi nama HORSE Powertrain Limited pada 31 Mei 2024.

Renault Group dan Geely masing-masing memegang 45 peratus saham dan baki dimiliki Aramco. Syarikat itu menumpukan kepada penyelesaian hibrid dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

HORSE ialah divisyen bawah Horse Powertrain yang memulakan pengeluaran transmisi DB49 baharu dari kilang di Seville, Sepanyol.

Transmisi baharu ini adalah pertama direka HORSE secara dalaman dan boleh digunakan pada kenderaan elektrik (EV), hibrid dan kenderaan penumpang dikuasakan ICE.

Transmisi 15-kelajuan tanpa klac ini menghasilkan tork maksimum 470Nm dan output kuasa 35kW (47hp) serta menggunakan dua motor elektrik untuk pelbagai kondisi pemanduan.

Berat transmisi hibrid ini hanya 99kg dan model hibrid plug-in (PHEV) Renault Rafale PHEV akan menjadi produk pertama menggunakan kotak gear ini.

DB49 dikawal unit elektronik bersepadu canggih, kotak kuasa elektronik (PEB) HORSE yang dikeluarkan dari kilang milik syarikat di Aveiro, Portugal. Komponen dan perisian PEB dioptimum untuk mengurangkan penggunaan tenaga bateri dengan ketara.

Peralihan kepada transmisi hibrid menyaksikan antara perubahan besar dalam sejarah kilang itu dengan pembinaan dua barisan pemasangan baharu dan beberapa penyesuaian barisan pemesinan.

HORSE Seville ialah kilang pengeluaran utama untuk transmisi hibrid dan turut menghasilkan unit penting bagi rantaian ICE.

Lebih 60 peratus pengeluaran dieksport ke luar Sepanyol. Kilang ini juga sudah menghasilkan lebih 32 juta unit transmisi selama lebih 60 tahun. Pada 2024, HORSE Seville mengeluarkan 666,670 unit transmisi.

Horse DB49 transmission 2024.03
Horse DB49 transmission 2024.02
horse-transmisi-hibrid-db49-2
horse-transmisi-hibrid-db49-1
horse-transmisi-hibrid-db49-3
horse-transmisi-hibrid-db49-4
horse-transmisi-hibrid-db49-5

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: HORSE, Horse DB49, Horse Powertrain, Transmisi Hibrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev