• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Renault Guna Semula Bateri Kenderaan Elektrik (EV) Tamat Tempoh untuk Aplikasi Rumah

Renault Guna Semula Bateri Kenderaan Elektrik (EV) Tamat Tempoh untuk Aplikasi Rumah

June 7, 2017 By Han Othman 1 Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APA terjadi kepada pek bateri selepas tidak lagi digunakan untuk kenderaan elektrik (EV)? Ini antara persoalan besar yang berkisar tentang impak jangka panjang EV terhadap alam sekitar. Namun, Renault ada jawapannya. Tidak seperti sistem Powerwall Tesla, Renault bekerjasama dengan Powervault dan M&S Energy untuk menggunakan semula bateri automotif sebagai kegunaan dalam rumah dan aplikasi hartanah lain.

Idea tersebut adalah selepas bateri digunakan selama lapan ke 10 tahun untuk EV (seperti Renault Zoe, Twizy dan Kangoo ZE), ia tidak lagi sesuai digunakan bagi aplikasi automotif, tetapi masih mempunyai cukup kapasiti untuk aplikasi lain. Jadi, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan pek bateri berkenaan, diuji dan dipakejkan semula kepada unit storan rumah oleh Powervault, sekali gus memberikan kitaran hayat kedua untuk 10 tahun berikutnya.

FASA UJIAN DAN PENILAIAN

Program percubaan setahun akan bermula bulan depan di Britain, di mana 50 unit diedarkan kepada pelanggan bahagian elektrik di pusat membeli belah, Marks & Spencer (M&S).

Bagi pelanggan yang sudah siap memasang panel solar di rumah mereka, pek bateri itu akan membolehkan mereka menyimpan tenaga diperoleh dan digunakan pada waktu puncak ketika kos elektrik tinggi. Sesetengah sekolah, penyewa kediaman sosial, dan penduduk Hyde juga layak menggunakan pek bateri guna semula itu. Pihak pembekal kini sedang menilai prospek jangka panjang penggunaan peranti berkenaan.

Sebagai tambahan kepada impak alam sekitar, bekalan bateri daripada EV dijangka mengurangkan kos sistem bateri rumah sebanyak 30 peratus. Jika terlaksana, penggunaan bateri untuk kediaman itu akan turut diperluaskan untuk EV Nissan dan Mitsubishi.

 

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Auto Terkini, autotainment, bateri EV guna semula, bateri EV untuk aplikasi rumah, Mark & Spencer, pek bateri, Powervault, Renault

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my