• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sime Motors Umum Pembukaan Pusat 3S BYD Malaysia Timur di Kota Kinabalu

Sime Motors Umum Pembukaan Pusat 3S BYD Malaysia Timur di Kota Kinabalu

December 17, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


WAKIL pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, BYD Malaysia melebarkan sayap perniagaan ke Malaysia Timur menerusi pembukaan Pusat 3S pertama di Kota Kinabalu, Sabah.

Premis dinamakan Pusat 3S BYD Malaysia Timur itu dikendalikan pengedar sah, Regas EV Sabah. Pembukaan itu diumumkan Sime Motors sebagai pengedar rasmi jenama BYD untuk pasaran tempatan.

Cawangan terbaharu itu dianggap sebagai mercu jaya penting dalam usaha menawarkan kenderaan elektrik penuh (EV) dan penyelesaian misi rendah karbon BYD untuk penduduk di Sabah.

Pusat 3S BYD Malaysia Timur berkeluasan 1,288 meter persegi di Taman Perindustrian Sedco itu menawarkan perkhidmatan serba lengkap seperti khidmat rundingan jualan, pandu uji kenderaan dan sokongan selepas jualan.


Pusat 3S itu juga dilengkapi dua unit pengecas pantas Super DC dengan empat alat pengecas yang membekalkan kuasa hingga 180kW.

Selain itu, Sime Motors turut mengumumkan pelantikan dua pihak untuk kerja baik pulih dan cat badan kenderaan BYD di Malaysia Timur untuk melengkapkan sokongan perkhidmatan kepada pemilik kenderaan BYD.

Ini dilakukan bersama Sime Motors dan Regas EV menerusi fasiliti di Kuching dan Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, Regas EV Auto juga memiliki bilik pameran BYD baharu di Sibu, Sarawak sebagai tambahan kepada bilik pameran sedia ada di Kuching.

Sehingga kini, BYD mengendalikan 29 bilik pameran dengan mensasarkan mencapai angka lebih 30 premis menjelang akhir 2024 di seluruh negara.

pusat-3s-byd-sabah-1
BYD Sabah - 2
BYD Sabah - 1
pusat-3s-byd-sabah-2
pusat-3s-byd-sabah-3
pusat-3s-byd-sabah-4
pusat-3s-byd-sabah-5
pusat-3s-byd-sabah-10
pusat-3s-byd-sabah-9
pusat-3s-byd-sabah-8
pusat-3s-byd-sabah-7
pusat-3s-byd-sabah-6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: autoterkini, BYD Malaysia, BYD Sabah, Kenderaan Elektrik (EV), Pusat 3S BYD Malaysia Timur, Regas EV Sabah, Roda4, Sime Motors

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
    #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev