• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Skema Warna Tembaga Cair, Dalaman Hitam Mazda CX-80 Menang Grand Prix Auto Color Awards 2024

Skema Warna Tembaga Cair, Dalaman Hitam Mazda CX-80 Menang Grand Prix Auto Color Awards 2024

December 17, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


WARNA produk Mazda memang menarik. Contohnya, kilauan Soul Red Crystal (merah) pada Mazda CX-5 dan model lain. Bukan saja orang perseorangan, warna Mazda juga diiktiraf industri dan terbaharu memenangi anugerah Grand Prix, Auto Color Awards 2024 yang ditaja Persatuan Warna Fesyen Jepun (JAFCA).

Pemenang kali ini adalah gabungan warna luar Melting Copper Metallic (tembaga cair) dan tona dalaman hitam Mazda CX-80 2025. Anugerah Grand Prix diberi kepada warna kenderaan paling menarik 2024 dan kemenangan ini adalah kali keempat buat Mazda selepas Mazda3 dan CX-30.

Kali pertama memang rasa pelik kerana warna tembaga cerah, tetapi Mazda memberi perhatian mendalam terhadap warna dan membangunkannya berasaskan konsep warna yang menjadi sebahagian rekaan.

Dalam proses pembangunan, pasukan pereka memikirkan warna yang memiliki kemewahan dan bersesuaian dengan model perdana Mazda.

Hasilnya adalah warna tembaga yang dibuat menggunakan teknologi berasaskan air Aquatec Paint. Teknologi ini bukan saja meningkatkan kualiti cat, tetapi juga mengurangkan karbon dioksida dan sebatian organik meruap (volatile organic compounds, VOC) seperti pencair cat.

Bahagian dalaman membawa tema rekaan Graceful Toughness dengan adunan warna hitam, kilatan dan tembaga.

Warna Melting Copper Metallic dan tona dalaman hitam sebegini tersedia pada dua varian Mazda CX-80 2025 iaitu XD-HYBRID Exclusive Sports dan XD Exclusive Mode.

Mazda CX-80 2025 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) premium yang baru saja dijual secara rasmi di Jepun pada Oktober 2024, tetapi Mazda memilih Eropah terlebih dahulu sebelum negara asal jenama itu.

SUV ini memiliki tiga baris tempat duduk dan dari segi dimensi lebih panjang dan lebar berbanding Mazda CX-8 yang sudah dihentikan pengeluaran di Jepun pada penghujung 2023. Sebagai imbasan, berikut perbandingan dimensi antara Mazda CX-80, CX-8 dan CX-60:

  • Panjang: 4,990mm | 4,925mm |4,740mm
  • Lebar: 1,890mm | 1,845mm | 1,890mm
  • Tinggi: 1,705mm, 1,710mm | 1,730mm | 1,685mm
  • Jarak Roda:  3,120mm | 2,930mm | 2,870mm

Berbekalkan saiz besar, Mazda CX-80 tidak ditawarkan dengan trenkuasa kecil yang mana pelanggan diberikan pilihan enjin 2.5L petrol atau 3.3L diesel turbo seperti berikut:

  • Diesel 6-silinder sebaris 3.3L turbo SkyActiv-D
  • Diesel hibrid ringan (MHEV) 48V 6-silinder sebaris dengan M Hybrid Boost 3.3L turbo e-SkyActiv D
  • Petrol hibrid plug-in (PHEV ) 2.5L e-SkyActiv PHEV

Harga bermula 3,943,500 yen (RM113,905) hingga 7,122,500 yen (RM205,730).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Color Awards, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-80, Mazda CX-80 2025, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my