• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB1000 Hornet, CB1000 Hornet SP 2025 Diperkenal di Jepun, Harga RM39k dan RM46k

Honda CB1000 Hornet, CB1000 Hornet SP 2025 Diperkenal di Jepun, Harga RM39k dan RM46k

December 16, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KETIKA CB1000 Hornet SP 2025 diperkenal di Eropah pada Oktober, Honda turut memperkenal varian biasa (standard). Selang dua bulan, kini giliran Jepun menerima dua varian tersebut yang dijadualkan diedarkan secara rasmi pada 23 Januari 2025.

Honda CB1000 Hornet 2025 tampil dengan rekabentuk garang berbanding kebiasaan yang sederhana. Antara perbezaan ketara sesama dua varian itu adalah Honda CB1000 Hornet SP lebih berkuasa dan menggunakan kaliper depan Brembo serta monoshock Öhlins TTX36.

Honda CB1000 Hornet
Honda CB1000 Hornet SP

Turut berbeza sistem ekzos dengan injap variabel dan Quickshifter sebagai ciri standard. Honda CB1000 Hornet menggunakan enjin 4-silinder sebaris 999cc DOHC, berasaskan Honda CBR1000RR 2017.

Enjin ini menggunakan piston diecast dan pemasaan injap dioptimum dan angkatan injap. Kotak gear dan nisbah gear akhir ditetapkan untuk keseimbangan tork dan karakteristik output pada halaju rendah dan sederhana.

Sistem terotel elektronik Throttle-by-Wire (TBW) menyumbang kepada respon trotel langsung, manakala mod tunggang membantu penunggang memilih karakter tetapan awal yang sesuai dengan kondisi tunggangan.

Sistem kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) membantu menguruskan angkatan roda depan dan gelinciran roda belakang. Panel meter TFT 5 inci warna penuh memberikan pelbagai maklumat dan sistem Honda RoadSync membolehkan telefon pintar penunggang dihubungkan dengan motosikal.

Seperti dinyatakan, Hornet SP mempunyai injap variabel dalam damper ekzos. Bukaan injap dikawal unit kawalan enjin (ECU) berdasarkan halaju enjin dan mengoptimum tekanan gas ekzos untuk karakteristik tork lebih berkuasa pada halaju rendah dan meningkatkan output pada halaju tinggi.

Berikut spesifikasi Honda CB1000 Hornet 2025:

  • Memiliki output kuasa 152ps @ 11,000rpm, dan tork 104Nm @ 9,000rpm.
  • Varian SP lebih berkuasa dengan output kuasa 158ps dan tork 107Nm pada rpm sama.
  • Menggunakan sistem suspensi fork Showa SFF-BP (Separate Function Front Fork Big Piston).
  • Varian SP dibekalkan fork emas, kaliper depan Brembo dan monoshock boleh laras Öhlins.
  • Mengenai warna, masing-masing ditawarkan satu pilihan, iaitu Pearl Glare White (putih) dan Matte Ballistic Black Metallic (hitam).

Honda mensasarkan jualan 600 unit setahun. Honda CB1000 Hornet berharga 1,342,000 yen (RM38,750) untuk Standard dan 1,584,000 yen (RM45,740) untuk SP.

Ciri Honda CB1000 Hornet 2025 dan CB1000 Hornet SP 2025

  • Dimensi panjang 2,140mm, lebar 790mm dan tinggi 1,085mm, serta jarak roda 1,455mm.
  • Jarak tinggi bumi 135 mm
  • Tinggi pelana 809mm
  • Berat 211kg, 212kg (SP)
  • Enjin SC86E 4-silinder sebaris 999cc DOHC
  • Output Standard kuasa 152ps @ 11,000rpm, dan tork 104Nm @ 9,000rpm | SP kuasa 158ps @ 11,000rpm, dan tork 107Nm @ 9,000rpm.
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan
  • Kapasiti tangki 17 liter
  • Sistem Brek Kaliper Nissin, Brembo Stylema 4-piston (depan) (SP), kaliper belakang Nissin
  • Sistem Suspensi Fork Showa SFF-BP (depan), dan monoshock Öhlins TTX36 (belakang) (SP)
  • Roda Tayar 120/70ZR 17M/C (58W) (depan), dan 180/55ZR17M/C (73W) (belakang)
Honda CB1000 Hornet 2025 (Jepun)
Honda CB1000 Hornet
Honda CB1000 Hornet SP 2025 (Jepun)
Honda CB1000 Hornet SP

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CB1000 Hornet, Honda CB1000 Hornet SP, Honda Hornet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my