• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Loke: Kerajaan Bertindak Pantas, Kenaikan Tambang Feri Dibatalkan

Loke: Kerajaan Bertindak Pantas, Kenaikan Tambang Feri Dibatalkan

December 16, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


TIDAK sampai 24 jam selepas Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan kenaikan kadar tambang feri, kerajaan bertindak pantas dengan mengarahkan agar keputusan tersebut dibatalkan serta-merta.

Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat pagi tadi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, tidak menunggu lama untuk meluahkan rasa kesalnya di laman Facebook, menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terburu-buru. Beliau menyarankan agar semua pengusaha feri menarik balik pengumuman tersebut dan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat.

Beliau juga menegaskan bahawa pengusaha feri yang menaikkan harga tambang, terutamanya untuk warga tempatan dan pelancong domestik, berisiko kehilangan subsidi diesel yang diberikan oleh kerajaan.

Tindakan kerajaan jelas membuahkan hasil apabila Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang untuk rakyat Malaysia, yang sepatutnya berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Pengurus Besar Syarikat, Kapten Baharin Baharom, bagaimanapun berkata, kenaikan kadar untuk pelancong asing tetap diteruskan, dengan kadar baru yang akan berkuatkuasa pada tempoh sama.

Berikut perincian tambang baharu untuk pelancong asing mengikut laluan:

Laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi 

  • Dewasa: RM35 (harga sebelum: RM27)
  • Kanak-Kanak: RM25 (harga sebelum: RM19.50)

Laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi

  • Dewasa: RM45 (harga sebelum: RM34.50)
  • Kanak-kanak: RM32 (harga sebelum: RM25.50)

Tindakan pantas dan ketegasan kerajaan MADANI ini ternyata memberi kelegaan kepada penduduk setempat, terutamanya mereka yang bergantung kepada pengangkutan feri ini.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my