• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Tucson 1.6L Turbo, Enjin Kompak Kuasa Besar (176hp, 265Nm)

Hyundai Tucson 1.6L Turbo, Enjin Kompak Kuasa Besar (176hp, 265Nm)

June 12, 2017 By Abang Hirata 2 Comments

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TREND industri automotif tempatan kini bolehlah dianggap sebagai musim turbo. Selepas satu pelancaran ke satu pelancaran, kini tiba giliran Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan varian baharu Hyundai Tucson berenjin 1.6L Turbo GDI (T-GDI).

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) itu dipasarkan pada harga RM145,588 (atas jalan tanpa insurans). Walaupun harga ditawarkan menyamai angka pesaing lain seperti Honda CR-V, Mazda CX-5 dan Nissan X-Trail, tetapi SUV buatan Korea itu didatangkan dengan spesifikasi tinggi.

Lebih menarik, saiz enjin Tucson adalah lebih kurang Proton Prevé. Sebagai makluman, ranking enjin paling kecil masih lagi dipegang Volkswagen Tiguan dengan enjin 1.4L TSI. Tidak lama lagi, Honda pula akan melancarkan CR-V baharu bersesaran 1.5L Turbo, sama seperti Civic.

Berikut ialah butiran mengenai Hyundai Tucson 1.6 T-GDI:

Nadi Kuasa
  • Enjin 1.6L Turbo GDI - 176hp @ 5,500rpm dan tork 265Nm (1,500 - 4,500rpm).
  • Transmisi klac berkembar 7-kelajuan (7DCT).
  • Berbanding transmisi variabel berterusan (CVT), DCT mampu menahan lebih tujahan hanya dengan sedikit gangguan kuasa dan memberikan rasa pemanduan lebih natural.
Luaran
  • Direka berasaskan konsep Arca Bendalir (Fluidic Sculpture) Hyundai 2.0 dengan penampilan atletik dan menyerlah.
  • Gril depan heksagon Hyundai bersambung dengan lampu utama.
  • Lampu utama dengan penunjuk LED dan lampu belokan statik.
  • Rim aloi rekabentuk baharu.
  • Rim aloi 19-inci - opsyen.
  • Pintu but pintar.
Struktur Badan dan Sistem Keselamatan
  • 51 peratus struktur badan diperbuat daripada keluli kekuatan ultra tinggi.
  • Sistem Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM).
  • Kawalan Bantuan Turun Bukit (DAC).
  • Kawalan Brek Turun Bukit (DBC).
  • Kawalan Brek Elektronik (EBC).
  • Pegang Kenderaan Automatik (Automatic Vehicle Hold - AVH).
  • 6-beg udara.
Dalaman
  • Kemasan baru dengan material lembut sentuh (soft touch) pada beberapa poin utama.
  • Tombol kawalan mesra sentuhan.
  • Opsyen - Kerusi dan panel pintu balutan kulit dua tona (merah atau putih)
Servis dan Waranti
  • 5 tahun atau 300,000km (mana satu tiba dahulu).
  • Servis percuma hingga 50,000km (sah hingga tiga tahun)
  • Bantuan jalanan 24 jam.

Tidak berhenti setakat Tucson T-GDI, HSDM juga bakal melancarkan varian Tucson lain dalam beberapa bulan akan datang. Menariknya, Tucson ialah SUV segmen-C keluaran Hyundai paling laris dengan jualan global mencecah 238,951 unit pada tahun lalu - 2016, di mana angka tersebut meningkat 9.75 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Related

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Tucson, Hyundai Tucson 1.6 T-GDI, Hyundai-Sime Darby Motors, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my