Cuba bayangkan suatu masa nanti kereta-kereta Perodua dipasarkan pada harga lebih RM100,000? Mahukah anda memilikinya? Nampaknya itulah harga yang perlu dibayar warga Sri Lanka apabila Unimo Enterprises Ltd sebagai pengedar rasmi kenderaan Perodua di negara itu memutuskan memasarkan Bezza 1.0L Automatik pada harga 3.69 juta rupee (RM103,000).
Majlis pelancaran Perodua Bezza akan disempurnakan pada 6 Jun lalu di Sri Lanka yang turut dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Wan Zaidi Wan Abdullah.
Unimo Enterprises percaya Perodua Bezza dapat dijual di Sri Lanka memandangkan model itu menawarkan pelbagai ciri menarik seperti ruang dalaman dan kabin luas, rekabentuk menarik, jimat bahan api dan reliabel. Selain itu, Perodua juga mempunyai sejarah panjang dengan Sri Lanka seperti:
- Sri Lanka ialah pasaran eksport terbesar Perodua.
- Sebanyak 14,000 unit kenderaan Perodua dijual di Sri Lanka daripada 1997 hingga Mei 2017.
- Unimo turut menjual Axia dan mendapat sambutan baik di Sri Lanka - 1,400 unit terjual pada 2016.
- Sejak 1997, Perodua sudah mengeksport lima model, iaitu Kancil, Kenari, Kelisa, Viva dan Bezza.
- Unimo sudah menjalin kerjasama dengan Perodua sejak lebih 21 tahun lalu.
Bercakap mengenai eksport, Perodua sudah menghantar 1,600 unit kenderaan ke luar negara bermula Januari hingga Mei tahun ini dan jumlah tersebut adalah termasuk model Myvi yang dipasarkan sebagai Daihatsu Sirion di Indonesia.
Secara keseluruhan, Perodua sudah mengeksport 75,000 kenderaan sejak dahulu dan pernah suatu masa sehingga 21 negara.
Leave a Reply