• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lewis Hamilton Bakal Rindu Peminat Terutama Roti Canai di Malaysia

Lewis Hamilton Bakal Rindu Peminat Terutama Roti Canai di Malaysia

December 11, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PELUMBA sensasi Formula Satu (F1), Lewis Hamilton yang kini secara rasmi meninggalkan pasukan Mercedes AMG Petronas menyatakan bakal merindui para peminatnya termasuk sajian roti canai yang menjadi tradisi setiap kali mengunjungi Malaysia.

Sepanjang 12 musim bersama Mercedes, Hamilton telah mencipta sejarah dengan enam gelaran juara dunia sebelum meneruskan kariernya bersama pasukan baru iaitu Ferrari pada tahun depan. Ucapan terakhir dan selamat tinggal turut disampaikannya semasa perlumbaan penutup tirai F1 di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, pelumba warga Britain berusia 39 tahun itu menyatakan hasrat untuk kembali lagi ke Malaysia sekiranya GP Malaysia suatu hari nanti kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dałam Wawancara Kumpulan Media Eksklusif di Menara Petronas, Lewis Hamilton berkata;

Pertama sekali, saya akan merindui mereka. Sememangnya salah satu faedah atau perkara baik dalam hubungan itu adalah Petronas akan membawa saya ke sini dan saya akan dapat berinteraksi dengan orang ramai di Kuala Lumpur, dan itu adalah sesuatu yang saya akan rindui."

"Saya berharap GP Malaysia suatu hari nanti akan kembali semula semasa saya masih berlumba. Saya akan sentiasa mengingati 'roti canai'. Ini adalah hidangan kegemaran saya di sini sejak dahulu. Saya akan cuba menikmatinya malam ini."

Sebelum ini, Hamilton menyertai Mercedes pada 2013 dan menjadi salah satu pasukan paling dominan di pentas F1 bersama Silver Arrows. Setakat ini, dia telah menjuarai siri F1 pada tahun 2008, 2014, 2015, 2017, 2018, 2019, dan 2020.

Justeru, dia turut berazam untuk merebut rekod kejuaraan dunia kelapan, sekaligus memecahkan rekod pelumba legenda Michael Schumacher yang juga pemenang gelaran kejuaraan dunia F1 sebanyak tujuh kali.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ferrari, FIM MiniGP Malaysia Series, Formula Satu (F1), Grand Prix (GP) Abu Dhabi, Lewis Hamilton, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Mercedes-AMG Petronas, Michael Schumacher, Petronas, Silver Arrows

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev