• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 100 Geely EX5 Ditempah di Thailand dalam Tiga Hari, Indonesia Mahu Lancar 5-7 Model, Termasuk ICE

Lebih 100 Geely EX5 Ditempah di Thailand dalam Tiga Hari, Indonesia Mahu Lancar 5-7 Model, Termasuk ICE

December 11, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBELUM Proton e.Mas 7 didedahkan secara rasmi, kembarnya Geely EX5 terlebih dahulu diperkenal di Eropah dan ditayangkan kepada beberapa media antarabangsa.

Malah, Geely Galaxy E5 dipamerkan secara rasmi di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) sempena jelajah dunia pada September 2024. Pada bulan sama kami turut melaporkan mengenai hasrat Geely untuk EX5 dilancarkan di Australia, Thailand dan Indonesia.

Proton e.Mas 7

Beberapa bulan berlalu dan EX5 sudah pun dilancarkan di Thailand pada 28 November 2024. Serentak itu, Geely Auto turut mengumumkan perlantikan Thonburi Neustern sebagai pengedar rasmi di Thailand.

Dua varian ditawarkan, iaitu Pro dan Max dengan 1,084 unit pertama ditawarkan pada harga 859,000 baht (RM112,470) dan 949,000 baht (RM124,295).

Unit ke-1,085 dan seterusnya berharga 899,000 baht (RM117,770) dan baht (RM129,560).

Geely E5 China

Kedua-duanya dibekalkan motor tunggal depan berkuasa 160kW (218ps) dan tork 320Nm berserta bateri LFP 60.22kWj.  dengan jarak pemanduan Pro hingga 495km, manakala 490km untuk Max (mengikut kitaran NEDC).

Menariknya, dalam tempoh tiga hari diperkenalkan pada pameran kenderaan di sana, lebih 100 unit EX5 sudah ditempah.

Perkembangan di Indonesia pula, Geely pada 3 Disember lalu mengumumkan perlantikan lima pengedar rasmi di pasaran automotif terbesar Asia Tenggara.

Geely EX5 Eropah

Geely turut membawa delegasi pengedar Indonesia ke ibu pejabat di Hangzhou, China dan melawat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kilang pengeluaran Qiantang selain diberi peluang memandu uji EX5.

Pengarah Urusan Geely Auto Indonesia, Victor Gao memaklumkan dalam tempoh tiga tahun akan datang, syarikat merancang memperkenalkan 5-7 model untuk pasaran republik itu.

Model tersebut terdiri daripada kenderaan utiliti sukan (SUV), kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan bateri elektrik (BEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi memenuhi pelbagai segmen berbeza.

Geely Indonesia

Kemasukan Geely ke Indonesia sebenarnya kali kedua selepas berbelas tahun berlalu. Ini termasuk pernah memasang kenderaan di negara jiran itu.

Seperkara lagi, Indonesia mempunyai jenama sendiri terbaharu, iaitu Aletra dengan produk pertama, L8 EV yang dijenamakan semula daripada Livan Maple 80V.

MPV ini boleh dianggap salinan daripada Geely Jiaji versi EV. Livan Automotive pula hasil penggabungan antara Shanghai Maple milik Geely dan Lifan Technology, termasuk usahasama antara Lifan Group dan Geely Qizheng milik Zhejiang Geely Holding.

Dengan perkembangan terbaharu di Thailand dan Indonesia, termasuk pasaran lain seperti Australia dan New Zealand dengan pemanduan kanan (RHD), mungkin ada tertanya apa sudah jadi antara Geely dan Proton serta rancangan pelaburan besar di Tanjung Malim, Perak?

Kami tiada jawapan tepat dan perkara ini perlu dipandang dari sudut strategi keseluruhan, perniagaan dan sumber. Jawapan terletak pada masa dan model perniagaan multijenama adalah situasi biasa buat pengeluar China dan sebelum itu turut dilakukan pengeluarEropah.

Seperti dilaporkan di dalam artikel sebelum ini, Geely diwakili pelbagai jenama di Eropah seperti Volvo, Zeekr, Lynk & Co, Polestar, Lotus dan smart.

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Geely, Geely EX5, Geely Galaxy E5, Proton eMAS 7

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my