• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gaduh Rebut Parkir Kereta, Lelaki Warga Emas Kena Denda RM1.5k

Gaduh Rebut Parkir Kereta, Lelaki Warga Emas Kena Denda RM1.5k

December 10, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MAHKAMAH Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 ke atas seorang warga emas selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam insiden berebut parkir kereta, dua bulan lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Heng Cye, 68, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Heng Cye didakwa memukul Leong Chee Liang, 42, hingga menyebabkan kecederaan mata sebelah kanan, leher, lutut kanan, dan tangan sebelah kanan di Jalan Perisa 1, Brickfields, Kuala Lumpur pada 7.34 pagi 25 Oktober lalu.

Berdasarkan fakta kes, insiden bermula apabila mangsa dikatakan mengambil dua petak parkir hingga menyebabkan tertuduh keluar dari kereta dan memintanya mengalihkan kenderaan. Namun, mangsa marah dan berlaku perbalahan kecil hingga Heng Cye bertindak memukul mangsa.

Tindakan diambil bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, peguam Syazwani Mohd Zawawi, yang mewakil Heng Cye memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya warga emas dan tidak bekerja.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mahkamah Majistret, parkir kereta, Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my