• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-60 2025 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, dan Pengendalian Dipertingkat

Mazda CX-60 2025 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, dan Pengendalian Dipertingkat

December 9, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELARI perkembangan semasa, peralihan model dan pakej, harga kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Jepun juga sudah meningkat naik.

Namun masih ada SUV segmen-C yang boleh dimiliki di bawah harga RM150,000 jika anda tidak kisahkan kitaran hayat produk. Misalnya Nissan X-Trail generasi ketiga yang dilancar dalam negara pada 2015, atau Mazda CX-5 generasi kedua pada 2017.

Model baharu memang bagus, tetapi tidak semestinya dapat menyaingi harga semasa. Bagi Mazda, pengeluar ini menawarkan beberapa SUV baharu yang kini sudah melangkah ke dunia premium.

Namun, Mazda tetap meneruskan penawaran sedia ada seperti CX-5 yang bergandingan bersama model baharu CX-60 2025. Model ini bukan pengganti langsung dan memiliki saiz lebih besar.

Apa yang jauh berbeza, Mazda CX-60 2025 menggunakan pacuan roda belakang (RWD) berbanding  CX-5 atau SUV Jepun  lain.

Lebih jelas lagi, Mazda CX-60 2025 diletakkan dalam kumpulan model besar generasi baharu yang terdiri daripada CX-70, CX-80 dan CX-90.

Menurut Mazda, model saiz sederhana dengan dua baris tempat duduk ini menawarkan pengalaman pemanduan paling sporty berbanding model besar lain.

Mazda CX-60 2025 diterima baik kerana menawarkan fiil stereng yang hanya boleh dinikmati daripada platform RWD, pengalaman pemanduan, mesra alam daripada trenkuasa output tinggi, kualiti dalaman dan estetika rekabentuk Jepun.

Bagi model 2025, Mazda sudah mempertingkat keselesaan pemanduan, penyusunan varian untuk pilihan gaya hidup pelanggan, pengenalan varian XD SP (foto kanan) baharu dan edisi istimewa XD Hybrid Trekker (foto kiri).

Menariknya, model ini turut ditayangkan pengedar Mazda di Malaysia, Bermaz Motor sempena Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang sedang berlangsung ketika ini. Malah model ini sudah diuarkan akan memasuki pasaran tempatan tahun depan.

Mazda CX-60 2025 versi Jepun

Pemanduan dan Pengendalian
  • Perubahan pada suspensi; spring dan penyerap hentak bagi menambah baik kestabilan pengendalian dan keselesaan.
  • Pengoptimuman kawalan stereng kuasa elektrik, pacuan semua roda (AWD), dll.
  • Pelbagai langkah dilakukan bagi mengurangkan bunyi dan gegaran semasa pemanduan dan meningkatkan kesenyapan.
CX-60 XD SP - baharu
Mazda CX-60 XD-Hybrid Trekker
Mazda CX-60 XD SP
  • Luaran hitam rim aluminiun 20 inci untuk penampilan sporty
  • Gril depan jenis sarang lebah hitam piano
  • Spoiler signatur krom hitam
  • Lencana fender krom hitam dengan logo INLINE 6
  • Cermin sisi hitam kilat
  • Rim aluminium khusus XD SP hitam metalik
Edisi Istimewa XD Hybrid Trekker
  • Tambahan daripada XD Hybrid Exclusive Sports
  • Warna Zircon Sand Metallic, khusus untuk gaya hidup outdoor
  • Bumbung panoramik.
  • Ada jaring dalaman untuk mengelak barangan dari memasuki barisan depan ketika membrek mengejut atau kemalangan.

Perubahan lain

  • Lencana fender XD L Package dan XD Exclusive Mode ditukar kepada krom.
  • Varian XD dan XD S Package digugurkan.

Trenkuasa

  • Enjin petrol 4-silinder SkyAktiv G 2.5L dengan transmisi automatik 8EC-AT dalam pilihan 2WD atau 4WD
  • Enjin diesel 6-silinder SkyActiv D 3.3L dengan transmisi automatik 8EC-AT dalam pilihan 2WD atau 4WD
  • Enjin diesel 6-silinder hibrid ringan (MHEV) e-SkyActiv-D 3.3L M Hybrid Boost 48V MHEV dengan transmisi automatik 8EC-AT dalam pilihan 2WD atau 4WD
  • Enjin petrol 4-silinder hibrid plug-in (PHEV) e-SkyActiv 2.5L PHEV dengan transmisi automatik 8EC-AT dalam 4WD.

Harga

  • 3,267,000 yen hingga 6,462,500 yen (RM96,210- RM190,330)
Mazda CX-60 XD SP 2025
Mazda CX-60 XD SP 2025 Jepun.01
Mazda CX-60 XD SP 2025 Jepun.05
Mazda CX-60 XD SP 2025 Jepun.02
Mazda CX-60 XD SP
Mazda CX-60 XD SP
Mazda CX-60 XD SP 2025 Jepun.03
Mazda CX-60 XD SP 2025 Jepun.06
Mazda CX-60 XD-Hybrid Trekker
Mazda CX-60 XD-HYBRiD Trekker 2025 Jepun.01
Mazda CX-60 XD-HYBRiD Trekker 2025 Jepun.02
Mazda CX-60 XD-HYBRiD Trekker 2025 Jepun.11
Mazda CX-60 XD-HYBRiD Trekker 2025 Jepun.03
Mazda CX-60 XD-Hybrid Trekker
Mazda CX-60 XD-Hybrid Trekker
Mazda CX-60 XD-HYBRiD Trekker 2025 Jepun.05

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: bermaz, bermaz Motor, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), mazda, Mazda CX-60, Mazda CX-60 2025, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev