JAECOO Malaysia hari ini rasmi melancarkan kenderaan utilti sukan (SUV) coupé segmen-D, Jaecoo Omoda C9 2025 pada harga bermula RM168,800.
SUV Coupe ini didatangkan dalam dua varian, iaitu versi pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD) pada harga seperti berikut:
- Jaecoo Omoda C9 AWD - RM188,800
- Jaecoo Omoda C9 2WD - RM168,800
Dua varian ini menawarkan tiga warna pilihan iaitu: Matte Grey (kelabu), Khaki White (putih), dan Carbon Crystal Black (hitam), manakala skema warna dalaman dalam tona hitam sahaja. Berikut perincian Jaecoo Omoda C9 2025:
Trenkuasa
- Dikuasakan enjin petrol 4-silinder sebaris 2.0 (1,998cc) TGDI dengan transmisi automatik 8-kelajuan.
- Output kuasa 257hp dan tork 400Nm.
- Kapasiti petrol 65 liter.
- Ada tiga mod pemanduan untuk varian 2WD, dan tujuh mod untuk AWD.
- ECO (2WD)
- Normal (2WD)
- Sports (2WD)
- Sand
- Mud
- Snow
- Off-road
Luaran
- SUV coupe ini memiliki dimensi panjang 4,775mm, lebar 1,920mm, dan tinggi 1,671mm, manakala jarak roda 2,800mm.
- Mampu meredah kedalaman air maksimum 450mm.
- Rim aloi 20 inci dengan tayar Michelin 245/50.
- Kapasiti but kuasa elektrik 660-1,783 liter.
- Sistem lampu LED penuh untuk lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang.
- Menggunakan sistem penghidup tanpa kunci (keyless)
- Cermin sisi automatik yang disepadu lampu signal belok.
- Spoiler belakang.
- Lampu kabus belakang.
- Lampu aluan (varian AWD sahaja)
- Bumbung suria panaromik.
Dalaman
- Kemasan upholsteri menggunakan material kulit.
- Sistem penghidup jenis butang tekan-mula (push-start).
- Kerusi pemandu dilengkapi ciri aluan (welcome).
- Paparan dongak automatik (Auto HUD).
- Kluster instrumen 12.3 inci.
- Unit infotainmen skrin sentuh12.3 inci dengan konektiviti Bluetooth, Apple CarPlay, dan Android Auto serta dilengkapi sistem navigasi.
- Port USB dan USB Type-C di depan dan belakang, pengecas wayarles 50kW dan soket kuasa 12V.
- Perehat lengan pada konsol tengah disediakan peti ais.
- Kerusi pemandu boleh laras 6-tetapan dengan fungsi memori dan penumpang depan 4-tetapan (2WD).
- Kerusi pemandu boleh laras 8-tetapan dengan fungsi memori dan penumpang depan 4-tetapan (AWD).
- Sistem audio dengan lapan pembesar suara (2WD), dan 14 pembesar suara (AWD).
- Lampu ambien.
- Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40.
Setiap pembelian Jaecoo Omoda C9 2025 dipakejkan dengan waranti tujuh tahun dan jarak perbatuan 150,000km (mana satu tiba dulu).
Tempahan terawal berpeluang mendapat waranti enjin dan suspensi selama 10 tahun dan jarak perbatuan 1,000,000km (mana satu tiba dulu).
Jaecoo Malaysia dijangka menyerahkan kumpulan pertama Jaecoo Omoda C9 AWD 2025 kepada wakil penjual seawal Januari 2025 yang meliputi kawasan Tengah, Utara dan Selatan Semenanjung, termasuk Sabah dan Sarawak.
Leave a Reply